Categories: BeritaTempatan

UNIC Jawab Isu Doa Salah Tajwid

Bukan artis namanya jika sunyi dari sebarang isu dan kontroversi. Walaupun bukan ini yang diminta, tetapi kami yakin para artis sudah masak dengan sepak terajang industri hiburan masa kini.

Terbaru, kumpulan nasyid tersohor Malaysia; UNIC dihambat kontroversi apabila ada pihak yang mendakwa UNIC telah tersalah tajwid ketika mengalunkan Doa Dhuha.

Sebagai pencerahan dan kembali menjernihkan isu, pihak Munsyeed telah bertemu dengan salah seorang vokalis kumpulan UNIC untuk bertanya lebih lanjut mengenai isu ini.

Bazli UNIC. Foto ihsan: Facebook UNIC.

Rujuk Ustaz, Tidak Ubah Makna
Menurut Bazli Hazwan Bin Che Osman atau lebih mesra disapa Bazli UNIC, kesilapan tersebut adalah kesilapan kecil pada baris dan ia tidak mengubah maksud keseluruhan Doa Dhuha tersebut.

“Sewaktu diperingkat awal Doa Dhuha dikeluarkan, ada sedikit (kesilapan) baris. Walaubagaimanapun ia tidaklah mengubah makna dan ia bukanlah ayat Al-Quran.” jelas Bazli.

Tambah beliau, “Saya sudah merujuk dengan Ustaz Syed Abdul Kadir Aljoffree sendiri (berkenaan isu ini), maknanya hanya berubah dari segi fe’el (perbuatan) dan tidak mengubah maksud secara keseluruhan.”

Ujar Bazli lagi, “Terbaru, untuk album Doa, boleh semak sendiri, boleh cari dimana ada kesalahan tajwid. InshaAllah, album ini saya jamin tiada kesalahan.”

UNIC – Doa

Album Doa Hasil Respon Positif Pendengar Terhadap Doa Dhuha
Bercerita mengenai kemunculan album terbaru UNIC berjudul Doa, Bazli menjelaskan yang album tersebut adalah kesinambungan dari respon positif pendengar terhadap Doa Dhuha.

“Album Doa adalah kesinambungan dari single Doa Dhuha yang mendapat sambutan menggalakkan dari para pendengar. Kalau kami pergi show, bila kami baca Doa Dhuha, mesti ramai yang ikut. Dari sekecil-kecil budak hinggalah ke orang tua. Sampai ada mak ayah yang jumpa kami, beritahu anak mudah hafal doa. Jadi kita rasa ini masanya untuk UNIC muncul dengan album doa bermelodi.” ulas Bazli.

“Kami hanya sampaikan doa bermelodi beserta maknanya. Ia cukup simple dan mudah diterima oleh pendengar walaupun doa-doa yang kami pilih agak panjang seperti Doa Tahajud, Doa Istikharah, Sayyidul Istighfar dan banyak lagi doa lain. Sebagai bonus, kita beri dua lagu baru Ya Hanana dan Ikramul Kareem.”

Istimewanya album ini, UNIC bergandingan dengan Ustaz Syed Abdul Kadir Aljoofree dimana Ustaz Syed bertindak sebagai narrator bagi setiap doa yang dimelodikan oleh UNIC.

Kami Tidak Melagukan Doa. Kami Memelodikan Doa. – UNIC
Mengulas mengenai isu ‘Bolehkah melagukan Doa?’, Bazli dengan tenang menjawab, “Pertama, kami tidak melagukan doa tetapi kami memelodikan doa. Kenapa kita bagi melodi? Sebab kalau Asmaul Husna tiada melodi, maka tidak mungkin kita mudah menghafal Asmaul Husna. Begitu juga dengan bait-bait zikir munajat, istighfar Ilahilastu dan banyak lagi. Jika tanpa melodi, susah kita nak menghafal.”

“Kedua, album ini kami sasarkan untuk ramai; budak-budak, orang tua mahupun orang yang baru nak belajar. Jadi, kepada sesiapa yang sudah hafal dan tidak perlukan melodi, maka silakan dan teruskan. At least ia sebagai alat membantu. Kalau sudah hafal (doa-doa itu nanti), terpulang nak baca dengan melodi atau tanpa melodi.” jelas Bazli.

Untuk makluman para pembaca, album Doa sudah mula berada di pasaran sejak Ramadhan 1434H. Kepada mereka yang ingin mendapatkan album ini, anda boleh dapatkannya di kedai CD yang berhampiran atau boleh beli secara online di UNIC  My Shop di www.unicmyshop.com

– Munsyeed Dot Com

 

Munsyeed Admin

Admin dan Editor di Munsyeed Dot Com. Mula beroperasi sebagai agensi media bermula pada 3 Ogos 2010. Dibarisi warga kerja yang akrab, Munsyeed Dot Com mula membuat liputan berita dan artikel yang berkisar tentang hiburan Islam di Facebook yang penuh dengan magisnya yang tersendiri.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

3 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

3 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

3 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

3 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

3 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

3 months ago