Categories: BeritaTempatan

ILMAM Anjur Konsert Pray 4

 

Bertitik tolak daripada keadaan pergolakkan yang berlaku di Mesir, Gaza,  Syria dan Rohingya, sebuah NGO Pertubuhan Lepasan Mahasiswa Mesir atau ILMAM bakal menganjurkan sebuah konsert bagi melahirkan rasa cakna mereka terhadap isu yang masih tak selesai sehingga kini.

Dengan harapan untuk membangkitkan rasa keprihatinan masyarakat terhadap isu yang menjadi masalah besar Ummah dikala ini, konsert tersebut bakal membariskan nama-nama besar tanah air yang bakal mengisi ruang pentas. Diantara yang telah mengesahkan bakal turut serta ialah Rabbani, Hijjaz, UNIC, Saujana, Mestica serta ramai lagi artis terkemuka Negara.

Malah, pendakwah terkenal seperti Ustaz Nazmi Karim, Ustaz Syed Abdul Kadir al-Joofree, Ustaz Zamri Manthop dan barisan Imam Muda juga bakal berkonsi sesuatu bersama hadirin berkaitan dengat isau yang sedang hangat diperkatakan ini.

Konsert berskala besar ini bakal diadakan di Kompleks Sukan Seksyen 15, Bandar Baru Bangi pada Sabtu ini dari jam 6.00pm hingga 12.00am.

Untuk maklumat lanjut, boleh melayari laman Facebook mereka di pautan facebook.com/MLL4S

Aizat Ikhwan

Mula mengenali dunia nasyid sejak di bangku sekolah. Pernah berkecimpung dalam bidang produksi beberapa lagu nasyid, namun beliau mendapati dirinya lebih sesuai berkecimpung dalam bidang media. Pengalaman ‘berguru’ dengan orang-orang lama Utusan, Berita Harian dan Bernama sedikit sebanyak mencorakkan gaya kewartawanannya walaupun tidak mendapat latihan kewartawanan secara formal. Beliau juga pernah menghadiri pengajian muzik secara formal bersama pensyarah di Aswara dalam major Bass Guitar

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

4 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

4 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

4 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

4 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

4 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

4 months ago