Categories: BeritaTempatan

Hijjaz Teruskan Siri Pelita Hidup

Setelah menunggu beberapa tahun, akhirnya Hijjaz menyambung kembali ‘suite series’nya, Pelita Hidup. Ya, kali ini sudah masuk edisi ke enam, sejak bermulanya kumpulan ini dalam industri nasyid.

Seperti rilisan PH yang sebelumnya, mereka masih mengekalkan subjek yang berbeza dalam setiap siri. Dan kali ini, mereka  memutuskan untuk menengahkan isu Palestin sebagai subjek utama album ini.

Mengikut sumber dari salah seorang anggota kumpulan Hijjaz, album ini bakal memuatkan 10 buah lagu. Malahan, trademark zikir dan doa yang sentiasa terselit didalam setiap siri Pelita Hidup.

Antara lagu yang dijangka menjadi hits ialah lagu Tanah Ini Milik Kami hasil karya Abai Os sendiri. Istimewanya, lagu ini menggabungkan ramai artis terkemuka tanah air, antaranya ialah Jamal Abdillah, Ramli Sarip, Nash, Jayjay, Zamani, Faizal Tahir, Yassin, Waris dan ramai lagi termasuk beberapa artis nasyid terkemuka. Manakala pemuzik yang bakal terlibat ialah Man Kidal, Datuk Ramli MS, Ujang dan Along Exist dan Greg Henderson

Malah, lagu Anak Gaza hasil lirik nukilan pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus juga bakal termuat didalam album yang dijangka dipasarkan September ini.

Menurut Abai Os lagi, hasil daripada album ini, kesemuanya akan disalurkan ke dalam dana Palestin melalui badan NGO Mapim.

Antara lagu yang bakal termuat dalam album ini ialah:

1- Hayyu Rijali Qassamiah
2- Masyarakat Islam
3- Islam Kini Yatim Piatu
4- Anak GAZA (Lagu: Isman Lirik: by UAI)
5- Inilah Dia Jalan Kita
6- Wahai Pemuda Islam
7- Tanah Ini Milik Kami (Lagu & Lirik: AbaiOs feat all artist Munsyid & Pop)
8- Mari Kita Berjihad
9- Wahai Kaum Muslimin
10- Bersatu Kita Teguh (Lagu: Munif Lirik: Tuan Haji Ismail HPA)

Aizat Ikhwan

Mula mengenali dunia nasyid sejak di bangku sekolah. Pernah berkecimpung dalam bidang produksi beberapa lagu nasyid, namun beliau mendapati dirinya lebih sesuai berkecimpung dalam bidang media. Pengalaman ‘berguru’ dengan orang-orang lama Utusan, Berita Harian dan Bernama sedikit sebanyak mencorakkan gaya kewartawanannya walaupun tidak mendapat latihan kewartawanan secara formal. Beliau juga pernah menghadiri pengajian muzik secara formal bersama pensyarah di Aswara dalam major Bass Guitar

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

3 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

3 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

3 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

3 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

3 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

3 months ago