Categories: BeritaTempatan

Vijay Sambut Syawal Di Kampung Bersama Intisor, Citrawi, Syamsul Aidil dan Fourwords

Kehangatan Aidilfitri bukan hanya tentang kemeriahan dan kegembiraan, tetapi juga nilai persaudaraan yang merentasi kaum dan agama.

Itulah mesej yang ingin disampaikan menerusi muzik video Syawal Mulia, yang menampilkan pempengaruh terkenal Vijay Thirackumar sebagai model dan pengisi suara (voice-over).

Dalam video muzik ini Vijay membawa watak sebagai seorang lelaki berbangsa India yang mempunyai seorang bapa saudara beragama Islam.

Bapa saudaranya amat mengharapkan kepulangannya ke kampung untuk meraikan Aidilfitri bersama saudara-mara yang sudah lama tidak bertemu.

Sebagai seorang anak saudara yang baik, Vijay berusaha sedaya mungkin untuk pulang dan menyantuni keluarga Muslimnya, mencerminkan eratnya hubungan kekeluargaan yang tidak terbatas pada agama.

Perpaduan dalam Kepelbagaian
Menurut Ustaz Samad dari kumpulan Intisor, kehadiran Vijay dalam muzik video ini membawa mesej yang lebih besar – memperlihatkan bagaimana rakyat Malaysia daripada pelbagai latar belakang dapat hidup dalam harmoni, saling menghormati adat resam dan kepercayaan masing-masing.

“Kita mahu menunjukkan bahawa walaupun berbeza bangsa, agama dan budaya, perpaduan tetap boleh dicapai melalui nilai-nilai murni dan kasih sayang dalam keluarga,” ujar beliau.

Selain itu, Vijay juga dikenali sebagai seorang pempengaruh bukan Islam yang meminati muzik nasyid serta budaya Melayu-Islam.

Kehadirannya dalam Syawal Mulia menampilkan sisi unik dalam industri hiburan tempatan dan menjadi bukti bahawa keindahan seni boleh menyatukan hati tanpa mengira perbezaan.

Muzik video Syawal Mulia kini boleh ditonton di platform YouTube. Saksikan bagaimana Vijay membawa watak penuh makna ini dan raikan keindahan Aidilfitri dengan mesej perpaduan yang menyentuh hati!

Husaini Hussein

Seorang yang positif kepada pembaharuan, komited dengan kerja dan aktif dalam kerja-kerja amal kemasyarakatan.

Recent Posts

“Sebak tengok Hadie layan ibu dia macam itu…” – Netizen Puji Arwah Suhaimi Saad Pandai Didik Anak

Sikap penuh kasih sayang antara anak dan ibu kembali mencuri perhatian netizen apabila satu video…

22 hours ago

31 Nama Pengelola Jemaah Haji Bagi Tahun 2026 / 1447H Lantikan Tabung Haji Diumumkan

Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini mengumumkan pelantikan 31 syarikat pelancongan yang diberikan lesen rasmi…

1 day ago

Cocokins – Nurul Asyikin Tawan Hati Juri di Episod Kedua Projek Bangkit TV AlHijrah

TV AlHijrah meneruskan momentum inspirasi rakyat dengan tayangan episod kedua Projek Bangkit pada Sabtu lalu…

2 days ago

Zain Bhikha Studios Revives a Timeless Classic with “A Child’s Prayer”

After more than two decades of touching hearts across the globe, Zain Bhikha breathes new…

5 days ago

Zain Bhikha Studios Re-Releases “Can’t You See” – A Message of Faith and Resilience for Today’s Youth

Nearly two decades after its first release, Zain Bhikha Studios has breathed new life into…

2 weeks ago

MAIWP dan TV AlHijrah Jalin Kerjasama, Terbit Program Realiti Usahawan – “Projek Bangkit”

TV AlHijrah memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) sebagai langkah…

2 weeks ago