Categories: BeritaTempatanTerkini

Zikir Zindagi Laris, Catat Jualan Tertinggi

Zikir Zindagi – Ustaz Haslin Baharim

Semalam, Munsyeed sempat berhubung dengan Azlan UNIC Records sebelum dia berlepas ke Jakarta, Indonesia. Kami bertanyakan tentang jumlah jualan album Zikir Zindagi yang sedang meletup-letup di pasaran sekarang. Menurut Azlan atau lebih mesra disapa Alan, setakat bulan ini, sudah 15,000 unit album Zikir Zindagi Ustaz Haslin Bollywood ini terjual! Walaupun baru dilancarkan sebulan yang lalu, album di bawah label UNIC Records ini telah mencatatkan jumlah jualan yang memberangsangkan. Munsyeed tumpang gembira mendengar perkembangan positif ini.

Untuk makluman semua, album Zikir Zindagi Ustaz Haslin Baharim atau lebih dikenali sebagai Ustaz Bollywood ini mengandungi 19 track zikir munajat dan tazkirah pendek yang dialunkan bersahaja mengikut irama ala Bollywood. Mendengar track demi track dalam album ini membuatkan kita asyik dibuai alunan bollywood Ustaz Haslin yang cukup indah ini.

Selain mendapat tempat dikalangan peminat Ustaz Haslin, album zikir ini juga turut mendapat tempat di hati peminat album Islami dan mereka yang baru pertama kali mendengar album ini di radio dan media sosial seperti Youtube. Sehubungan dengan itu, untuk memudahkan orang ramai mendapatkan album ini, UNICDOTMY PRO dengan berbesar hati telah melantik Inteam Records sebagai pengedar rasmi keseluruh Malaysia bagi album – album di bawah terbitan UNIC Records. Selain itu, orang ramai juga turut boleh mendapatkan album ini dengan lebih mudah dan selamat melalui kedai online, unicmyshop dengan melayari laman web eshop.unic.my.

Di samping itu, kepada orang ramai yang masih lagi tercari – cari bagaimanakah cara untuk mendapatkan album ini dengan lebih efektif, datang sahaja ke gerai atau booth jualan Inteam Records di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2013 yang akan diadakan bermula 26 April hingga 5 Mei ini bertempat di PWTC, Kuala Lumpur. Album ini boleh didapati di pasaran dengan harga RM19.90 setiap satu.
Sebarang pertanyaan mengenai album ini, sila hubungi pejabat urusan UNICDOTMY PRO SDN BHD di talian 03 – 6186 4300 atau layari facebook rasmi UNICDOTMY PRO di www.unic.my. Untuk makluman, pihak UNICDOTMY kini sedang menghentikan sementara sebarang promosi album atau produk di bawah label UNIC Records bagi memberi laluan kepada pilihan raya umum ke 13. Aktiviti promosi akan disambung semula selepas pilihan raya tamat.

– Munsyeed{Dot}Com

Munsyeed Admin

Admin dan Editor di Munsyeed Dot Com. Mula beroperasi sebagai agensi media bermula pada 3 Ogos 2010. Dibarisi warga kerja yang akrab, Munsyeed Dot Com mula membuat liputan berita dan artikel yang berkisar tentang hiburan Islam di Facebook yang penuh dengan magisnya yang tersendiri.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

2 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

2 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

2 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

2 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

3 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

3 months ago