Berita
Karya Nasyid Baru Menjelang Ramadhan 2017
Diterbitkan
pada
1. Halim Ahmad – Ketika Hanya Nama Mu
Halim Ahmad merupakan antara artis nasyid yang jarang sekali kelihatan sepi dari sebarang penghasilan karya-karya baru. Kesibukannya mengendalikan agensi pelancongan Jom Backpacker sedikit pun tidak menghalang beliau menghasilkan karya berkualiti buat tatapan para peminat.
Dalam perkembangan terbaru, Halim yang juga merupakan anggota kumpulan nasyid Devotees baru sahaja mengumumkan single baru berjudul “Ketika Hanya Nama-Mu”. Lagu ini akan menemui peminat di semua platform digital mulai 23 Mei 2017 (Selasa).
2. Maher Zain – Assubhu Bada & Peace Be Upon You
Setelah hampir setahun album One berada di pasaran, Maher Zain kini kembali dengan menampilkan 2 buah tangan terbaru buat para peminat menjelang Ramadhan kali ini.
Menerusi laman rasmi Facebook beliau, Maher memperlihatkan tarikh 19 Mei 2017 (Jumaat) sebagai tarikh single terbaru berjudul “Assubhu Bada” akan mula menemui para peminat di seluruh dunia.
Selain itu, Maher Zain menerusi label Awakening Records juga akan turut menerbitkan semula salah sebuah lagu yang terkandung di dalam album One berjudul “Peace Be Upon You” di dalam versi Bahasa. Versi terbaru ini akan mula diperdengarkan secara rasmi pada 23 Mei 2017 (Selasa).
Walau bagaimanapun para peminat Maher Zain di Indonesia telah berpeluang untuk mendengar versi terbaru ini lebih awal di corong-corong radio pada hari Jumaat minggu lalu.
Pesanan awal (pre-order) bagi kedua lagu ini boleh dilakukan di platform iTunes bermula hari ini.
3. Harris J – Save Me From Myself
Selepas dibelenggu kontroversi pengundurannya dari dunia hiburan beberapa bulan yang lalu, Harris J kini kembali bangkit meneruskan perjuangan dalam dunia seni suara.
Beliau yang baru sahaja selesai menjalani siri jelajah UK bersama badan kebajikan Penny Appeal bakal hadir dengan sebuah single terbaru berjudul “save me from myself”. Tempahan awal single ini sudah boleh dilakukan menerusi platform iTunes mulai hari ini.
“Save me from myself” akan mula diperdengarkan kepada peminat secara rasmi pada 23 Mei 2017 (Selasa).
4. Waqas (Outlandish) – One Foot In The Sink The Other On A Banana Peel
Jika sebelum ini beliau sering membawakan lagu-lagu berunsur positif seperti “Look Into My Eyes” dan “Aicha” bersama kumpulan Outlandish, kali ini salah seorang anggota kumpulan trio tersebut, Waqas Ali, buat julung kalinya akan tampil dengan album nasyid solo pertama beliau semenjak penglibatannya dalam dunia hiburan di Eropah.
Album yang diberi nama “One Foot In The Sink The Other On A Banana Peel” akan menampilkan ganding mantap bersama beberapa artis dan selebriti ternama di dalam lagu termasuk pendakwah terkemuka, Imam Suhaib Webb.
“One Foot In The Sink The Other On A Banana Peel” akan dilancarkan pada 24 Mei 2017 (Rabu).
Selain lagu dan album yang disenaraikan di atas, masih terdapat beberapa lagi karya lain dari dalam dan luar negara yang dijangka akan menyusul tidak lama lagi. Kami akan mengemaskini senarai ini sebaik sahaja pengumuman rasmi telah dikeluarkan.
– Munsyeed
Berita
I’m Not Ready To Let You Go – A Zain Bhikha Single That Speaks To The Heart
Diterbitkan
pada
April 11, 2024Iconic Zain Bhikha who has won the hearts of Muslims throughout the word for three decades of song, story and the Dada and Me children’s series, releases a deeply personal song after many years. “I’m Not Ready To Let You Go” is an emotionally moving tribute to his beloved father Rashid Bhikha, a man who embodied faith, strength, unwavering love for his family, and left his mark on the world for his contribution to medicine and humanity.
Zain’s songs have always been a reflection of his personal life’s journey reflecting his faith, but more so, the meandering nature of being human, and this one is no different. Though the nature of its message speaks to the universal feelings of love and loss that we can all relate to. With hundreds of songs inspiring and motivating hearts towards Allah, “I’m Not Ready To Let You Go” is undoubtedly going to become a comfort and a favourite of Zain Bhikha fans.
“My father passed away a few months ago, he was the anchor that held us all together, the mountain upon which we all stand and the guiding light that showed us the way, I miss him every day,” said Zain Bhikha.
I’m Not Ready To Let You Go is available as a voice-only version. The official video is available on the ZainBhikhaOfficial YouTube channel and the audio, on all major music streaming platforms.
Other Releases
“Voice In Your Head” is a deep reflection of the unwavering love that parents bestow upon their children. It talks of the all-encompassing nature of a parents’ dedication to their children and the way that bond shapes who we are and who we become.
“The Forgiven” (featuring BoonaaM) delves into a powerful Hadith (prophetic narration) about forgiveness and Allah’s mercy. This song artfully tells the story of a man’s journey towards redemption.
“Salvation” (featuring Ashley Belal Chin) takes listeners on a heartfelt exploration of seeking Allah (SWT). The song emphasizes the closeness of Allah’s presence, reminding us that He is always with us.
All three songs are available in both voice-and-drum and voice-only versions on all major music streaming platforms. You can find the official videos* on the ZainBhikhaOfficial YouTube channel.
Selain Munif Hjjaz, seorang lagi figura yang aktif menghasilkan karya secara konsisten, tidak lain tidak bukan, penyanyi dan komposer terkenal; Daqmie.
Kali ini, Daqmie bekerjasama dengan Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Cawangan Datuk Keramat menghasilkan sebuah lagu raya terbaru berjudul Yang Mulia. Lagu ini disampaikan oleh Daqmie dan Mestica.
Pengerusi PERKIM Cawangan Datuk Keramat; Ustaz Mohamad Suhaimi Abdul Aziz yang juga merupakan penulis lirik, berkata lagu tersebut mengisahkan hubungan masyarakat dengan golongan mualaf di negara ini.
“Lagu tersebut dinyanyikan oleh Daqmie dan juga Kumpulan Mestica yang mengisahkan hubungan antara masyarakat dengan golongan mualaf.
“Ia sebagai salah satu usaha dakwah kami agar masyarakat turut sama terlibat dengan usaha yang kami gerakkan ini sekaligus membantu mereka yang memerlukan,” katanya ketika sidang akhbar yang diadakan di sini.
Menurutnya idea penghasilan single ini tercetus hasil perbincangan dengan Daqmie yang juga merupakan komposer bagi lagu tersebut.
“Selaku Duta Mualaf PERKIM Datuk Keramat, Daqmie pernah melontarkan idea agar usaha dakwah PERKIM tidak terlalu terikat dengan kaedah lama namun harus dipelbagai agar sesuai dengan zaman.
“Bermula dari situ maka terlahirlah lagu ini yang turut diterapkan dengan melodi kontemporari bagi menarik minat masyarakat khususnya generasi muda.
“Kami mengharapkan dengan kepakaran dan populariti Daqmie dan kumpulan Mestica dapat menarik minat lebih ramai anak muda dengan kerja dakwah yang aktif di platform digital dan media sosial,” ujarnya pula.
Terdahulu PERKIM Datuk Keramat meraikan golongan mualaf dengan mengadakan Majlis Berbuka Puasa sekaligus melancarkan single raya tersebut.
Sementara itu Daqmie ketika mengulas berkata cabaran utama ketika penghasilan lagu ini ialah kekangan masa sambil berharap single raya ini dapat diterima masyarakat.
“Antara cabaran ketika menghasilkan lagu ini ialah masa yang diberi agak suntuk. Ketika Ustaz (Suhaimi) maklumkan PERKIM mahu terbit lagu raya pada mulanya saya agak terkejut.
“Namun setelah berbincang dengan rakan-rakan kami akhirnya bersetuju menerima cabaran ini, alhamdulliah kerjasama yang diberikan semua pihak akhirnya single ini berjaya direalisasikan.
“Semoga lagu ini dapat diterima semua pihak sekaligus memeriahkan sambutan Aidilfitri pada tahun ini,” katanya pula.
Pemilihan kumpulan Mestica sebagai rakan duet dalam lagu ini dilihat mampu mengubat rindu dikalangan peminat Mestica yang sentiasa menantikan karya baharu dari kumpulan nasyid popular tersebut.
Lagu Yang Mulia telah berada di pasaran dan boleh distrim di semua platform penstriman muzik digital yang sah. Manakala video muzik Yang Mulia boleh ditonton di saluran Youtube Daqmie Channel.
Untuk rekod PERKIM merupakan organisasi yang aktif dengan kerja-kerja dakwah dan kebajikan untuk menyebarluaskan syiar Islam kepada golongan Islam dan belum Islam di negara ini.
Sumber: Daqmie
Berita
Sah! Malaysia Sambut Hari Raya Aidilfitri Pada Rabu 10 April 2024 Bersamaan 1 Syawal 1445H
Diterbitkan
pada
April 9, 2024Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada hari Rabu, 10 April 2024 bersamaan 1 Syawal 1445H.
Pengumuman ini dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja; Tan Sri Syed Danial bin Syed Ahmad dalam Pengumuman Tarikh Hari Raya yang disiarkan di semua radio dan televisyen tempatan sebentar tadi.
“Bagi menyempurnakan titah perintah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka adalah dengan ini saya mengisytiharkan bahawa tarikh Hari Raya Puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Rabu, 10 April 2024,” katanya.
Penetapan tarikh Hari Raya Aidilfitri ini dibuat berdasarkan rukyah dan hisab.
Selamat Hari Raya Aidilfitri diucapkan kepada semua umat Islam. Maaf zahir dan batin.
iklan2
I’m Not Ready To Let You Go – A Zain Bhikha Single That Speaks To The Heart
“Deep betul lagu raya terbaru Daqmie dan Mestica ni…”
Sah! Malaysia Sambut Hari Raya Aidilfitri Pada Rabu 10 April 2024 Bersamaan 1 Syawal 1445H
Trending
-
Berita8 months ago
Durioo+ Kongsi Video Acah Pertama ILM – Ustaz Asri Ubai Rabbani Pegang Watak Kareem, Alif Satar Sebagai Ishak
-
Info Nasyid11 years ago
7 Artis Cetus Fenomena Luarbiasa Di Malaysia
-
Berita6 years ago
Shahida Ajak Aliff Syukri Duet Lagu Agama Kedamaian (Deen Assalam)
-
Berita6 years ago
Raudhatul Jannah juara Pendakwah Muslimah 2018
-
Berita6 years ago
TV Alhijrah Umum Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengerusi Baru
-
Berita6 years ago
Showcase Lah Ahmad Disember Ini, Adeep Nahar Buat Penampilan Khas
-
Dari Pembaca10 years ago
Subhanallah: Pencarian Farid Sanullah Yang Majestik & Magis!
-
International6 years ago
Full Text of Statement by Tun Dr Mahathir at the 73rd UNGA