Categories: BeritaTempatan

Kebajikan Artis Perlu Dibela – Najib

Datuk Seri Najib Tun Razak menerima penghargaan dari Datuk DJ Dave

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu kajian semula dibuat berhubung struktur industri hiburan yang tidak memberi pulangan adil kepada artis tanah air.

Najib berkata beliau akan meminta Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob serta Yayasan Artis 1Malaysia (YA1M) mengemukakan cadangan bernas untuk membantu kerajaan membuat keputusan bagi membantu mewujudkan industri hiburan yang adil dan seimbang.

“Saya difahamkan ada penyanyi dan pelakon yang dapat royalti yang agak kecil dan pihak lain dapat pulangan yang agak besar, pada hemat saya, keadaan ini tidak seimbang dan tidak adil kepada seniman tanah air, ia perlu diperbetulkan,” katanya ketika melancarkan YA1M di ibu negara malam tadi.

Turut hadir isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Rais, Presiden YA1M Datuk Irwan Shah Abdullah atau lebih dikenali sebagai DJ Dave dan Penasihat YA1M Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim.

Najib berkata kajian juga perlu berhubung pelaksanaan skim insurans perlindungan terhadap seniman untuk membantu mereka sekiranya jatuh sakit.

“Kalau jatuh sakit, sakit yang sebenar bukan sakit dalam filem, kita tak naklah terpaksa minta sedekah pada orang, sepatutnya para artis ada perlindungan yang sepatutnya ketika sakit,” katanya.

Selain itu, beliau akan mencadangkan kepada kerajaan untuk memberi suntikan dana sebanyak RM2 juta kepada YA1M tahun ini, dan RM3 juta pada tahun depan bagi membolehkan yayasan tersebut melaksanakan aktivitinya.

Najib berkata dengan penubuhan YA1M dan sokongan daripada kerajaan, masa depan artis tanah air akan mendapat pembelaan yang lebih baik.

Beliau berkata artis dilihat sebagai ikon, tetapi hanya sebahagian kecil sahaja masyarakat yang faham bahawa hakikatnya, mereka juga merupakan insan biasa yang mempunyai keadaan pasang surut, turun naik serta suka duka sebagai anak seni.

“Keadaan ini tentulah lebih rumit lagi, mungkin lebih mencengkam kepada kehidupan apabila seorang seniman itu melewati umur yang boleh dianggap sebagai umur yang boleh mempertahankan kedudukan sebagai seorang seniman popular.

“Dalam keadaan bila dah hampir senja, tentu tekanan hidup akan terasa sehingga mereka tidak mampu buat persediaan untuk hari muka mereka apabila menjadi warga emas dalam masyarakat,” katanya.

Najib memberi contoh kisah Allahyarham Tan Sri P.Ramlee yang tidak mampu meninggalkan harta menimbun setelah kembali ke rahmatullah walaupun beliau seorang seniman yang agung.

Beliau berkata semoga dengan berkat sokongan artis dan seniman terhadap penubuhan yayasan ini, kerajaan yang ada hari ini dapat kekal memimpin negara ke arah masa depan lebih baik.

“Kalau sokong kerajaan hari ini, saya jamin pengkisahan yang manis bagi rakyat,” katanya.

YA1M merupakan satu badan untuk memajukan kebajikan warga artis tanah air, khasnya anggota yayasan, melalui bantuan meliputi kesihatan, khairat/derma kematian, bencana dan sebagainya.

-Bernama

Munsyeed Admin

Admin dan Editor di Munsyeed Dot Com. Mula beroperasi sebagai agensi media bermula pada 3 Ogos 2010. Dibarisi warga kerja yang akrab, Munsyeed Dot Com mula membuat liputan berita dan artikel yang berkisar tentang hiburan Islam di Facebook yang penuh dengan magisnya yang tersendiri.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

5 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

5 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

5 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

5 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

5 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

5 months ago