Kembali PadaMu Ilahi, Single Ketuhanan Pertama Anuar Zain

Anuar Zain bukanlah suatu nama yang asing bagi seluruh rakyat Malaysia. Lontaran suaranya yang unik berserta melodi indah yang membuai hati dan jiwa seakan sudah menjadi trademark pada setiap karya yang disampaikan oleh pemuda kelahiran Merlimau, Melaka ini. Dalam perkembangan terbaru, beliau dikhabarkan akan muncul dengan album terbaru yang bakal memuatkan sebuah naskhah indah berjudul Kembali PadaMu Ilahi. Lagu ini telah dipersembahkan oleh Anuar secara eksklusif buat julung kalinya kepada umum di dalam persembahan Minggu Setiausaha Terindah Anuar Zain yang berlangsung di One World Hotel baru-baru ini.

showinfo=0

Teaser Kembali PadaMu Ilahi

Menurut sebuah blog hiburan terkenal Sensasi Selebriti (Budiey.com), melodi lagu Kembali PadaMu Ilahi adalah ciptaan Azalea dan Azlan Abu Hassan manakala liriknya pula diangkat dari sebuah puisi coretan Dalilah Tamrin sebelum beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 19 Julai 2010 akibat penyakit barah yang dihidapi.

Kembali PadaMu Ilahi

Ku jitukan yakin
Pada setiap sujudku
Jariku susun rapi
Mengirim doa tulus nurani

Waktu yang mendatang
Bak mega mendung hitam
Kelam malam aku sendiri

Hujung perjalanan pasti aku pergi
Tiada mungkin dapat aku menghindari
Sebelum nafasku berhenti berdetik
Amankanlah kepedihan ini
Biar pun getir dalam ku menanti
Tak berdaya namun terus ku hadapi
Menggapai harapan diriku terpilih
Kembaliku padaMu Ilahi
Kembaliku padaMu Ilahi

Hilangkan getar duka
Gusar jauh terusir
Terang bersinar cahaya damai

Lagu: Azalea April 2010
Lirik: Dalilah Tamrin (Raden Galoh)/Azalea April 2010

Cukup indah! Itulah ungkapan yang mampu ditulis untuk menggambarkan kehalusannya setelah kami mendengar sendiri single tersebut. Semoga Anuar Zain akan lebih kerap menyanyikan lagu-lagu seperti ini dimasa hadapan.

[alert variation=”alert-info”][icons icon=”icon-flag” color=”#dd3333″] Layari Facebook Anuar Zain untuk maklumat lanjut.[/alert]

– Munsyeed Dot Com

Munsyeed Admin

Admin dan Editor di Munsyeed Dot Com. Mula beroperasi sebagai agensi media bermula pada 3 Ogos 2010. Dibarisi warga kerja yang akrab, Munsyeed Dot Com mula membuat liputan berita dan artikel yang berkisar tentang hiburan Islam di Facebook yang penuh dengan magisnya yang tersendiri.

Recent Posts

Wangian Tular Sampai ‘Sold Out’! Inteam & Earth Home Products Kini Jalin Kerjasama Rasmi

Siapa sangka, “aura” yang dirasai peminat ketika Konsert Kasih Kekasih Inteam (Ulang Tahun ke-25) pada…

3 weeks ago

“The Sami Yusuf Circle” – Ruang Eksklusif Untuk Peminat Ke Dunia Kreatif Sami Yusuf

Komposer dan penyanyi terkenal, Sami Yusuf, baru-baru ini mengumumkan pelancaran The Sami Yusuf Circle -…

3 weeks ago

Cinta Ini – Naufal Azrin Buat ‘Come Back’ Demi Peminat

Selepas lebih dua tahun tidak muncul dengan karya solo, penyanyi berbakat besar Naufal Azrin akhirnya…

4 weeks ago

Program Ilmu, Konsert dan Drama Menarik – Sambut Tahun Baru Versi TV AlHijrah!

Jika anda ingat hujung tahun cuma tentang countdown dan bunga api, TV AlHijrah ada kejutan…

4 weeks ago

“Ramai yang terperangkap dalam cinta toksik, tekanan mendapatkan validasi di media sosial…” – One Path

Kumpulan nasyid One Path tampil dengan karya terbaharu apabila melancarkan single berjudul “KECEWA”, ciptaan Ustaz…

4 weeks ago

Projek Bangkit – Siapa Usahawan Asnaf Yang Bakal Dinobatkan Sebagai Juara?

Projek Bangkit kini melangkah ke pentas akhir apabila episod terakhir iaitu episod 8 bakal disiarkan…

1 month ago