Kolum
0 comments

5 Lagu Raya Yang Anda Wajib Dengar Sepanjang Aidilfitri

by on July 28, 2014
 

5. Selamat Hari Raya – Colour of Voices

Lagu nyanyian Saloma ini sememangnya menjadi pilihan utama setiap kali menjelang hari raya. Bezanya kali ini ia dibawakan dengan gaya yang lebih hip oleh 6 orang pemuda yang menggelarkan diri mereka sebagai COV (Colour of Voices).

Menggunakan pendekatan acapella stail doo wop, Asnal, Ikhmal, Darwis, Nasrul, Shark dan TuxBonic berjaya menyusun setiap elemen dan lapisan vokal dengan kemas, menjadikan ia sebuah karya yang lebih segar dan harmoni, sesuai dengan citarasa muda-mudi masa kini yang sentiasa inginkan kelainan.

 

4. Simfoni Aidilfitri – Al-Manna

Walaupun mereka merupakan entiti baru dalam industri hiburan Islam, Al-Manna yang dianggotai oleh Fahimi, Firdaus, Mohd Shahnizam dan Mior Muhammad nyata berjaya memberikan satu persembahan yang matang menerusi lagu raya mereka. Single yang saya maksudkan ini berjudul Simfoni Aidilfitri hasil ciptaan Bazli UNIC.

Jika anda gemarkan single ini, anda pasti akan berpuas hati dengan album sulung mereka berjudul “Selawat Kita Semua” yang baru sahaja menjengah di pasaran.

 

3. Kemenangan Di Hari Raya – Al-Farabi Band

Asalkan namanya lagu raya, pendengar seakan sudah mampu menjangka akan kehadiran elemen-elemen irama Malaysia yang agak pekat di dalamnya. Namun berbeza bagi lagu ciptaan ketua kumpulan Al-Farabi Band, Nazri Alias yang setia mengekalkan konsep mereka di dalam single raya berjudul Kemenangan Di Hari Raya.

Sekiranya anda merupakan seorang pendengar yang gemar kepada sesuatu yang berbeza (atau muak dengan lagu raya yang tipikal), lagu ini pasti sesuai dengan citarasa anda. Tapi saya tidak boleh jamin tok wan anda akan suka lagu ini dipasang di kampung atau pun surau jkk.

 

2. Eidun Saeed – Mesut Kuris feat. Maher Zain

Lagu ini merupakan salah sebuah trek yang terdapat di dalam album terbaru artis naungan Awakening Records (AR), Mesut Kurtis berjudul “Tabassam”. Seakan suatu kemestian bagi setiap artis AR untuk berduet bersama Maher Zain, kali ini mereka sekali lagi bergandingan bersama di dalam album terbaru menerusi trek “Eidun Saeed”.

 

1. Satu Pagi Dihari Raya – Raihan feat. Nowseeheart

Setiap kali nasyid ini menerpa ke gegendang telinga, gambaran suasana kemeriahan sambutan Aidilfitri di desa jelas terpampang di kotak fikiran. Dengan susunan muzik yang ringkas berserta alunan lagu yang mesra, tidak keterlaluan bagi saya sekiranya lagu ini diletakkan pada kedudukan evergreen, setaraf lagu-lagu raya ciptaan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dan Dato M.Nasir.

Andai pendengarnya merupakan rakyat Malaysia yang berada di luar negara, sentuhan ajaib Nazrey Johani dan Farihin Abdul Fattah ini pasti sedikit sebanyak mampu mengubat kerinduan hati terhadap kaum keluarga yang berada di tanahair tercinta.

Anda pula bagaimana? Apakah lagu raya yang menjadi pilihan anda dan seisi keluarga sepanjang Aidilfitri kali ini? Kongsikan tajuk-tajuk lagu raya pilihan anda diruangan komen di bawah.

– Munsyeed Dot Com

APA KATA ANDA?

Loading Facebook Comments ...
Loading Disqus Comments ...
Be the first to comment!
 
Leave a reply »

 

Leave a Response