Kolum
0 comments

Deklarasi Munsyeed Terhadap Isu Mesir

by on July 7, 2013
 

Mohammed Morsi

Bukan niat kami untuk menulis wadah ini untuk ‘membakar line’, jauh sekali untuk mencetuskan provokasi. Namun atas permintaan pembaca kami, isu ini kami terpaksa ketengahkan, walaupun bukan subjek utama Munsyeed.

Tapi ini isu Umat Islam! Apa yang terjadi di Mesir, ia kini bukan lagi isu domestik. Jika ia hanya isu politik dalaman, mungkin sikap ‘Bolayan’ boleh diambil. Namun sebagai media, terpanggil kami untuk menjelaskan pendirian kami di meja editorial Munsyeed.

Secara amnya, kami mengutuk sekeras-kerasnya tindakan meruntuhkan pemerintahan yang telah dipilih oleh rakyat melalui proses demokrasi. Pada pendapat kami, ia perlu dihentikan serta merta dan kuasa perlu dikembalikan kepada yang berhak.

Pendirian Munsyeed Dot Com Mengenai Isu Pergolakkan Mesir

Majlis Syura Munsyeed Dot Com telah bermesyuarat dan memutuskan:

1. Kami mengiktiraf Dr Morsi sebagai Presiden Mesir yang sah disisi undang-undang. Pemilihan Dr Morsi sebagai Presiden Mesir adalah melalui Pilihan Raya yang sah dan bersandarkan kepada demokrasi yang menjadi asas perundangan negara Mesir.

2. Semua Pihak hendaklah menghormati dan menyokong pentadbiran Dr. Morsi sebagai Presiden yang dipilih rakyat dan juga para wakil rakyat yang telah dilantik secara demokrasi oleh rakyat Mesir.

3. Kami menggesa agar pihak Pertubuhan Negara Islam (OIC) agar tidak mengiktiraf kerajaan sementara yang wujud dan menggesa kerajaan Malaysia juga mengeluarkan pendirian yg sama.

4. Kami juga menggesa agar pihak media tidak mengamalkan sikap ‘double standard’ dalam melaporkan perkembangan terkini tentang keadaan di Mesir. Para pengamal media hendaklah mematuhi etika kewartawanan yang betul dengan memahami dan membuat penyelidikan sebelum mengeluarkan bahan berita

5. Meminta agar semua rakyat Malaysia agar tidak berhenti berdoa agar keamanan dan kestabilan dapat dikembalikan di bumi Mesir, dan juga di Negara Islam yang sedang bergolak seperti Syria, Palestin dan sebagainya.

Akhir kata, kami berharap agar keamanan dan kesejahteraan dapat dikembalikan di Bumi Mesir.

APA KATA ANDA?

Loading Facebook Comments ...
Loading Disqus Comments ...
Be the first to comment!
 
Leave a reply »

 

Leave a Response