Rancangan
Konsert Keempat Gema Gegar Vaganza – Pentas ini siapa punya?
Diterbitkan
pada
Oleh
Aizat IkhwanMELIHAT pada senarai lagu yang diterima minggu lepas, ada diantara kami yang mula tepuk dahi. Ada di antara lagu-lagu yang akan disampaikan pada minggu ini diluar jangkauan kami, dan kami sudah mula mencongak, siapa yang bakal menjadi mangsa.
Okaylah, kami pun malas nak membebel panjang. Baca sahaja apa yang ada kami sediakan dibawah.
WANI – Saya tak tahu di mana silapnya, tetapi persembahan Wani pada malam ini sedikit sangkut di sana sini. Pada awal persembahan, beliau nampak agak gugup sedikit. Terlalu rushing sampai ia menjejaskan synchronize bersama muzik.
SAUJANA – Dengan idea bersama kumpulan koir tampak seperti membawa feel ala-gospel, jarang penasyid buat konsep begini. Cuma saya tak tahu, atau mungkin salah dengar… pitching ada tergelincir sikit. Tapi biasalah tu kalau persembahan live.
ANA RAFFALI – Lagu Balqis nyanyian Siti Nurhaliza sekali lagi memerangkap Ana Raffali selepas terselamat minggu lepas. Kali ini segalanya tak menjadi. Hmmm
HIJJAZ – Selepas tiga minggu membuatkan para penonton menangis, minggu ini mereka tampil dengan persembahan yang lebih rileks, santai tapi tetap ada unsur hype. Cumanya, nampak Isman seorang sahaja yang beria-ria mahu menguasai persembahan sementara yang lain sekadar berlegar di tengah. Ya, memang nampak terlalu santai.
AZMI – Sekali lagi dia memang buktikan yang dia ni serba boleh. Kemampuannya menyanyikan lagu berbahasa Inggeris di luar jangkaan kami. Jujur kami ternganga melihat persembahan beliau kali ini. Pronunciation semua hampir tiada masalah.
UNIC – Seperti kami cakap sebelum ni, UNIC layak digelar sebagai ‘Raja Pentas’. Penguasaan pentas mereka sangat awesome, mampu menghidupkan suasana ceria. Mereka bukan sahaja ada karakter seorang artis, malah mereka sudah layak digelar sebagai ‘performer’. Pakej semua dah ada. Lagu Ghazal Untuk Rabiah ni susah sebenarnya, tapi celah gigi je mereka tapau!
HAFIZ HAMIDUN – Beliau tampil dengan penuh keyakinan, mungkin kesan momentum REUNIC minggu lepas. Cuma seperti kata Datuk Ramli MS, props dan penari di belakang agak mengacau.
MIRWANA – Nampaknya bila tengok kumpulan-kumpulan nasyid cukup enjoy di atas pentas malam ni, maka Mirwana pun mengambil keputusan untuk turut menggila malam ini. Dengan koreografi yang mencetuskan suasana hype.
Kami nampak, pada minggu ni, kebanyakkan peserta lebih tertumpu kepada showmanship dan penguasaan pentas dan tidak terlalu fokus pada vokal semata-mata. Rata-rata mereka mahu menunjukkan siapa yang menjadikan pentas GGV kali ini mereka yang punya.
Korang rasa siapa?
[youtube url=”https://www.youtube.com/watch?v=HQKhYuYl4p8″]
Kedudukan Peserta Gema Gegar Vaganza Minggu ke-4
1. HIJJAZ
2. Hafiz Hamidun
3. Mirwana
4. Azmi Saat
5. UNIC
6. Saujana
7. Wani
8. Ana Raffali
Anugerah Gema Terindah (Karya Kreatif): Mirwana – Raikan Cinta
ADAT BERTANDING. Ada yang menang, ada yang kalah. Ada yang tersungkur di tengah jalan dan ada yang terus menjulang kejayaan. Namun semuanya kini dah di penghujung.
Ada enam juta penonton yang menjadi saksi malam tadi betapa gahnya Gema Gegar Vaganza menjunjung tinggi para penasyid yang selama ini hanya tenggelam timbul di dunia mainstream. Kali ini, Astro telah berjaya meletakkan tanda aras baru buat industri nasyid tanah air.
Kami sebenarnya tidak mahu mengulas panjang sangat apa yang dipersembahkan malam tadi. Mereka sudah mengeluarkan apa yang terbaik yang mereka ada. Cumanya… ya itulah adat.
Kenapa UNIC menang? Hanya satu perkataan sahaja buat mereka…iaitu pakej, mereka ada segalanya. Semua orang dah tahu betapa mereka menjadikan pentas GGV ini sebagai medan untuk mereka menghiburkan orang dengan dakwah cara santai mereka, dengan lakonan, helaian tawa sehinggalah air mata melalui lagu Sepohon Kayu. Daripada semua sudut mereka sudah membuai penonton. Ya, mereka ada segalanya, pakej pendakwah dan penghibur. Sudirman versi nasyid? YA!
Kenapa bukan Hijjaz? Tak putus peminat mempertikaikan kenapa Hijjaz gagal malam tadi. Bagi kami, Hijjaz ada standard dan kelasnya yang tersendiri. Dan bagi kami sendiri pun, Hijjaz tak perlukan kemenangan. Aura mereka sudah cukup kuat, sangat-sangat kuat…terlalu kuat. Dan sebagai legend dalam industri nasyid, aura mereka dalam GGV sudah cukup untuk menaikkan semangat semua orang. Baik peminat atau penasyid sendiri.
Mirwana camana? Abis Azmi tu?? Dua-dua ini kami mengagumi vokalnya. Cara Mirwana menyusun harmoni yang sangat kemas dan tight. Azmi pula seorang OKU yang sangat gigih. Semua yang diberikan dihadam begitu sahaja.
Hafiz Hamidun dan Saujana juga bukanlah nama baru dalam industri. Mereka sendiri ada kelompok masing-masing yang kami lihat turut banyak membantu memeriahkan GGV. Walau secara teknikalnya, Hafiz dan Saujana sering bergelut dengan cabaran yang tak dijangka, tapi usaha mereka tetap kami sanjung.
Betapa semua orang bangga bila menonton battle finale. Itulah penasyid. Auranya terasa
Inilah nasyid, berbeza dengan mainstream. Sepanjang persembahan di GGV, semuanya sarat dengan mesej. Bergelak ketawa dan berendam air mata, itulah GEMA GEGAR VAGANZA. Ya, nasyid itu dakwah, dan dakwah itu perlu diterjemahkan agar dia mengusik jiwa yang mendengar.
Bukalah pintu untuk kami mengetuk hati-hati diluar sana….
MASAK diorang kali ni, bila diumumkan bahawa mereka bakal menggunakan format duet. Kegusaran kami kali ini disebabkan oleh adakah mereka boleh mengekalkan spotlight bahawa mereka seharusnya menjadi tumpuan, bukannya duet undangan. Atau… ada yang bakal ditenggelamkan dan dilemaskan oleh rakan duet?
Seperti biasa, pemilihan lagu untuk minggu ini kembali mengundang maki hamun para peminat nasyid yang mahu GGV kali ini didominasi dengan lagu nasyid. Ahh, lantaklah… kami dah malas nak melayan.
Jadi, siapa yang mati lemas minggu ini? Hmmm
AZMI – Karakter vokal Gmie memang masuk apabila berduet dengan Azmi. Jika didengar seimbas lalu, mereka seakan beradu kekuatan vokal siapa paling padu. Hmm susah sebenarnya nak cari salah Azmi ni. Hampir tak jumpa kecuali ada sedikit isu ‘oversing’ pada beberapa minggu lepas.
MIRWANA – Sekali lagi mereka menunjukkan skill dan bakat yang mereka ada untuk diterjemahkan dalam persembahan mereka bersama Farahdhiya. Kelebihan mereka pada susunan vokal yang padu dan kelihatan sangat kemas. Bab-bab vokal ni, setakat yang kami lihat di GGV, belum ada yang standing mereka. Ada kelas.
WANI – Beliau ada tone, ada suara dan karakter. Cuma masalah apabila beraksi di pentas segah GGV ini, kami mendapati beliau cepat gugup terutama diawal persembahan. Sudah dua kali rasanya kami melihat perkara yang sama, dan malam ini berulang lagi. Dan akhirnya, Wani terjerat.
SAUJANA – Ramai pemerhati di luar sana ternanti-nanti wow factor daripada Saujana selaku kumpulan yang berpengalaman, namun masih belum lagi. Persembahan malam ini pun nampak biasa-biasa sahaja, lebih santai dan rileks, tak seperti persembahan yang lepas-lepas tampak mereka agak struggle.
HIJJAZ – Persembahan mereka kembali menjadi buah mulut pemerhati, dengan feel yang cukup menyentuh perasaan. Cuma bila part terjatuh tu, saya tak tahu adakah itu memang dalam skrip atau memang betul terjatuh. Sebab apa, kami lihat selepas part itu, vokal ada sedikit goyang dan seakan tak keruan. Hey, ini legend la… apa yang berlaku pun diorang masih steady lagi tau!
HAFIZ HAMIDUN – Beliau menunjukkan peningkatan setiap minggu, lagi-lagi bila lepas kahwin. Diantara semua persembahan malam ini, persembahan beliau dan Ismail Izzani kami lihat paling seimbang. Tiada masalah siapa curi spotlight siapa, tidak seperti persembahan lain dimana ada yang ditenggelamkan dengan duet masing-masing dan ada juga pasangan duet yang langsung tak membantu. Siapa? Diam-diam sudahlah!
UNIC – Komen kami sama macam minggu-minggu lepas. Merekalah Raja Pentas di GGV. Dan melihat list lagu untuk minggu hadapan, bagi saya mereka akan terus bersuka-ria diatas pentas. Takde yang negative? Satu je, harap-harap Najdi lebih berhati-hati dan lebih fokus.
Kesimpulannya, konsert GGV kali ini seperti minggu lepas, masing-masing banyak fokus pada persembahan pentas. Sapa yang lemas minggu ni?? Hmmmm
Kedudukan Peserta Gema Gegar Vaganza Minggu ke-5
1. UNIC (Naik 4 anak tangga)
2. Mirwana (Naik 1 anak tangga)
3. Hafiz Hamidun (Turun 1 anak tangga)
4. HIJJAZ (Turun 3 anak tangga)
5. Azmi Saat (Turun 1 anak tangga)
6. Saujana (Kekal)
7. Wani (Kekal)
Anugerah Gema Terindah (Gabungan Menjadi): UNIC feat Ayai Ilusi – Nyanyian Serambi
Gema Gegar Vaganza minggu ketiga menjadi antara episod yang paling ditunggu peminat. Selepas isu kepancitan dan beberapa isu lain menyelubungi persembahan, adakah minggu ini akan lebih baik? Dan apabila Astro mengumumkan list lagu yang akan disampaikan, ramai yang teruja. Lagu nasyid oii!!
Rasanya minggu lepas ada diumumkan bahawa minggu ini temanya ‘nasyid akustik’. Tapi bila menontonnya… apa yang akustik? Macam full band je. Namun bagi saya, itu bukan isunya. Yang penting, semua mahu enjoy.
Jadi, apa yang saya nampak pada minggu ni? Adakah para penasyid akan naik tocang minggu ini. Hmmm…
Azmi Saat – Seperti biasa, beliau dengan persembahan memukau. Lagu HambaMu itu merupakan satu lagu yang agak laju, tapi arrangement muzik untuk malam ini diolah daripada laju kepada padu!
Saujana – Mereka melakukan sesuatu yang lebih baik daripada minggu lepas. Kali ini mereka nampak lebih rileks dan fokus pada lagu, tidak kelihatan penat seperti minggu lepas.
Wani – Susunan muzik yang sedikit dark dan agak drastik juga arrangement muziknya diubah, dan ia sangat membantu beliau menyampaikan lagu ini dengan cemerlang. Cuma Wani kena hati-hati dengan pitching. Kami pilih beliau untuk menjadi peserta wanita tunggal untuk ke final.
Ana Raffali – Jangan samakan Ana Raffali dengan Ramli Sarip! Beliau cuba membawakan lagu ini dengan gayanya yang tersendiri. Namun pada hakikatnya, feel dan ‘ruh’ lagu ini sebenarnya yang memerangkap Ana Raffali.
Hijjaz – Sebelum masuk chorus full band tu ada macam tenggelam sikit. Tapi lepas masuk full band… BOOM! Memang all out. Sekali lagi, Hijjaz suka menggunakan separuh kedua lagu untuk dijadikan klimaks persembahan yang memang sepatutnya seorang legend ada.
Hafiz Hamidun – Dia tampak sangat enjoy dalam persembahan kali ini. Keyakinan, itu kata kunci yang ada dalam persembahan kali ini, sekaligus menutup terus beberapa kelemahan dalam persembahan minggu lepas.
Kau biarkan aku sendiri melewati sepi….. – @hafizhamidun #gemagegarvaganza pic.twitter.com/2WzO018es1
— Munsyeed Dot Com (@Munsyeed) April 22, 2017
UNIC – Satu kelebihan yang ada pada UNIC sejak dahulu lagi, mereka sangat bijak menguasai pentas, malah mereka juga bijak menguasai penonton. Senang cerita, bila diorang dah naik pentas, hanya satu sahaja… Ini venue kami punya!!
Keseluruhannya, kami berpuas hati untuk Gema Gegar Vaganza minggu ini. Ada beberapa isu kecil seperti pitching terkucil sedikit tapi kami rasa itu benda biasa. Yang lain? Nak gak dengar komentar kalian. Amacam?
iklan2
I’m Not Ready To Let You Go – A Zain Bhikha Single That Speaks To The Heart
“Deep betul lagu raya terbaru Daqmie dan Mestica ni…”
Sah! Malaysia Sambut Hari Raya Aidilfitri Pada Rabu 10 April 2024 Bersamaan 1 Syawal 1445H
Trending
-
Berita8 months ago
Durioo+ Kongsi Video Acah Pertama ILM – Ustaz Asri Ubai Rabbani Pegang Watak Kareem, Alif Satar Sebagai Ishak
-
Info Nasyid11 years ago
7 Artis Cetus Fenomena Luarbiasa Di Malaysia
-
Berita6 years ago
Shahida Ajak Aliff Syukri Duet Lagu Agama Kedamaian (Deen Assalam)
-
Berita6 years ago
Raudhatul Jannah juara Pendakwah Muslimah 2018
-
Berita6 years ago
TV Alhijrah Umum Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengerusi Baru
-
Berita6 years ago
Showcase Lah Ahmad Disember Ini, Adeep Nahar Buat Penampilan Khas
-
Dari Pembaca10 years ago
Subhanallah: Pencarian Farid Sanullah Yang Majestik & Magis!
-
International6 years ago
Full Text of Statement by Tun Dr Mahathir at the 73rd UNGA