Connect with us

Berita

Konvokesyen UCMI – Kehadiran Menteri Bukti Komitmen Terhadap Pemerkasaan Pendidikan Asnaf

Diterbitkan

pada

Majlis Konvokesyen Kolej Universiti Antarabangsa MAIWP (UCMI) Kali Ke-15 telah berlangsung dengan penuh gilang-gemilang pada hari ini di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur. Majlis yang penuh bersejarah ini meraikan pencapaian akademik 1094 graduan daripada pelbagai bidang pengajian di peringkat pascasiswazah, profesional, prasiswazah, dan asasi.

Seramai 1,094 Graduan Diraikan

Pada Majlis Konvokesyen Kali Ke-15 ini, seramai  graduan telah berjaya menamatkan pengajian mereka dalam pelbagai peringkat dan bidang. Di antara mereka, seramai 1094 graduan telah berjaya memenuhi keperluan Audit Bergraduat dalam program pengajian masing-masing, yang merangkumi pelbagai disiplin ilmu. 

Selain itu, 27 graduan daripada Professional Centre of Consultancy & Lifelong Learning (PROCELL) turut diraikan pada majlis ini. PROCELL memberi peluang kepada individu untuk meningkatkan kemahiran dan memperkukuhkan keupayaan profesional mereka dalam pelbagai bidang.

Graduan Program MBA Pertama Diraikan

Untuk pertama kalinya, UCMI juga akan meraikan graduan Ijazah Sarjana daripada program Master in Business Administration (MBA). Enam graduan, terdiri daripada empat pelajar tempatan dan dua pelajar antarabangsa, akan menerima Ijazah Sarjana yang merupakan kumpulan pertama pascasiswazah UCMI. Program MBA ini mencerminkan komitmen UCMI dalam menyediakan pendidikan berkualiti tinggi yang relevan dengan keperluan pasaran global, sekaligus membuka peluang kepada para graduan untuk bersaing di peringkat antarabangsa.

Kehadiran YB Menteri, Bukti Komitmen Terhadap Pemerkasaan Pendidikan Asnaf

Majlis Konvokesyen kali ini turut dihadiri oleh Yang Berhormat Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im Bin Haji Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Kehadiran YBM mengukuhkan komitmen beliau terhadap agenda pemerkasaan pendidikan di UCMI, khususnya buat anak-anak asnaf yang menerima bantuan pendidikan daripada MAIWP.

Sebanyak RM25 juta telah disalurkan oleh Baitulmal MAIWP kepada graduan yang berkelayakan merangkumi bantuan dari segi elaun sara diri, yuran pengajian asasi dan biasiswa MAIWP.

Selain YB Menteri, majlis turut diserikan dengan kehadiran beberapa dif kehormat lain seperti: 

  • Tuan Syed Kamarulzaman bin Syed Kabeer, Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP)
  • Datuk Prof. ChM. Ts. Dr. Taufiq Yap Yun Hin, Pengerusi Lembaga Pengarah UCMI
  • Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ Dr. Mohamed Salleh bin Mohd Yasin, Pengerusi Lembaga Pengelola UCMI
  • Tan Sri Azman Hashim, Canselor UCMI
  • Profesor Emerita Datuk Dr. Asma Ismail, Pro-Canselor UCMI
  • Dato’ Prof. Dr. Noor Inayah Ya’akub, Ketua Pegawai Eksekutif /Naib Canselor UCMI
  • Ahli Lembaga Pengarah UCMI dan Pengurusan MAIWP.

Sidang pertama konvokesyen dibuka oleh Canselor UCMI, Tan Sri Azman Hashim, bagi sidang dua pula dibuka oleh Pro-Canselor, Prof. Emerita Datuk Dr. Asma Ismail.

Majlis Konvokesyen Pertama Noor Inayah Sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Baharu UCMI

Majlis Konvokesyen Kali Ke-15 juga merupakan yang pertama bagi Dato’ Prof. Dr. Noor Inayah Binti Ya’akub sebagai Ketua Pegawai Eksekutif / Naib Canselor UCMI. Beliau, yang telah memulakan tugas pada 2 Januari 2025, adalah seorang tokoh akademik yang berpengalaman luas dalam bidang akademik dan korporat.

Penyampaian Anugerah Akademik

Acara kemuncak majlis ini adalah penyampaian Anugerah Akademik, yang melibatkan anugerah utama seperti:

  • Anugerah Canselor yang akan disampaikan oleh Canselor Tan Sri Azman Bin Hashim. Anugerah ini merangkumi wang tunai RM10,000, plak iringan, dan sijil. 
  • Anugerah Pingat Emas Perdana MAIWP, yang berupa wang tunai RM10,000, plak iringan, dan sijil. 
  • Anugerah Naib Canselor, yang berupa wang tunai berjumlah RM5,000, plak iringan, dan sijil.

Selain itu, setiap Sidang menyaksikan penyampaian Anugerah Terbaik Fakulti dan Anugerah Terbaik Program, yang diberikan kepada graduan yang berjaya meraih prestasi cemerlang dalam program pengajian mereka. Ini adalah penghargaan bagi usaha gigih, komitmen, dan pencapaian luar biasa yang ditunjukkan sepanjang tempoh pengajian. 

Peluang Pendidikan untuk Semua

Kolej Universiti Antarabangsa MAIWP (UCMI) terus berusaha dalam menyediakan pendidikan yang bermutu tinggi dan relevan dengan keperluan pasaran kerja semasa. Komitmen ini turut terbukti melalui penyediaan program-program akademik yang berterusan, berasaskan kepada prinsip pendidikan sepanjang hayat, dan menjurus kepada pembangunan kemahiran praktikal yang diperlukan oleh masyarakat dan industri.

Iklan
Komen

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Berita

Kritikal Di Hospital, In-Heart Mohon Peminat Doakan Razman

Diterbitkan

pada

Razman Shah, salah seorang anggota kumpulan nasyid popular In-Heart, kini berada dalam keadaan kritikal akibat masalah jantung dan sedang menerima rawatan di sebuah pusat perubatan di ibu kota.

Difahamkan, Razman berada dalam keadaan kritikal dan beliau kini di bawah pemantauan rapi pasukan perubatan. Isterinya setia berada di sisi beliau, menguruskan segala keperluan sepanjang tempoh rawatan.

Mohd Hafiz, salah seorang anggota kumpulan In-Heart, memohon orang ramai agar mendoakan kesihatan dan kesejahteraan Razman.

“Saya memohon jasa baik anda semua untuk mendoakan kesejahteraan beliau. Semoga diangkat segala kesakitan yang dialaminya ketika ini,” ujar Mohd Hafiz.

Kumpulan In-Heart terdiri daripada lima anggota iaitu Mohd Firdaus, Khairul Rizam, Razman Shah, Mohd Hafiz dan Mohd Khairi. Mereka pernah menyertai program realiti TV Akademi Nasyid dan tampil dengan album sulung berjudul Sakura.

Berita mengenai keadaan Razman mengejutkan ramai pihak, dan peminat tidak putus-putus memberikan kata-kata semangat serta doa agar beliau segera pulih.

Sama-sama kita doakan semoga Razman Shah diberi kesembuhan dan kembali sihat seperti sediakala.

Continue Reading

Berita

Lebih 800k Tontonan, Lagu ‘Perjalanan’ Putra Aiman dan Haikal Iman Semakin Popular!

Diterbitkan

pada

Lagu ‘Perjalanan’ yang dinyanyikan oleh penyanyi muda berbakat besar, Putra Aiman dan Haikal Iman, telah mencuri perhatian ramai pendengar muzik tanah air.

Sejak dilancarkan tiga bulan lalu, video muzik lagu ini di platform YouTube telah mencapai jumlah tontonan yang membanggakan, iaitu melebihi 800,000 tontonan.

Lagu “Perjalanan” ini merupakan ciptaan komposer terkenal, Munif Hijjaz, dengan lirik yang ditulis oleh Ahmad Fedtri Yahya.

Ia bergenre nasyid dan menampilkan melodi yang indah serta lirik yang menyentuh hati. Lagu ini mengisahkan tentang perjalanan hidup manusia yang penuh dengan ujian dan cabaran, namun tetap perlu diteruskan dengan sabar dan tawakal.

Pencapaian ini membuktikan bahawa lagu ‘Perjalanan’ diterima baik oleh masyarakat. Rata-rata pendengar memberikan komen positif dan memuji vokal Putra Aiman dan Haikal Iman yang merdu serta penghayatan mereka dalam menyampaikan lirik lagu tersebut.

Antara komen yang ditinggalkan oleh penonton di YouTube adalah:

  • “Lagu ini sangat menyentuh hati. Liriknya sangat mendalam dan membuat saya merenung tentang kehidupan.”
  • “Vokal Putra Aiman dan Haikal Iman sangat merdu. Saya suka mendengar lagu ini berulang-ulang kali.”
  • “Saya rasa terinspirasi setelah mendengar lagu ini. Ia memberikan saya semangat untuk terus menjalani kehidupan ini dengan tabah.”
  • “Lagu ini sangat sesuai didengar ketika sedang bersantai atau dalam perjalanan jauh.”
  • “Saya harap Putra Aiman dan Haikal Iman terus menghasilkan lagu-lagu yang berkualiti seperti ini.”

Kejayaan lagu “Perjalanan” ini diharap dapat menjadi batu loncatan buat Putra Aiman dan Haikal Iman untuk terus mewarnai industri nasyid tanahair dengan lagu-lagu berkualiti seperti ini. Tahniah diucapkan kepada Putra Aiman dan Haikal Iman.

Continue Reading

Berita

Tergamak Halim Ahmad ‘cover’ Lagu Nadeera Bukan Lagi Kita!

Diterbitkan

pada

Halim Ahmad. Sumber: Facebook Halim Ahmad.

Mulanya, Halim hanya menyampaikan secara santai lagu sohor kini ‘Bukan Lagi Kita’ dalam kereta. Alih-alih, ramai pula peminat yang minta Halim nyanyi versi gitar.

Mengenali Halim, beliau tidak akan menghampakan perasaan peminat. Hasilnya, memang sedap! Ramai yang memuji nyanyian beliau dalam cover lagu “Bukan Lagi Kita”.

Halim Ahmad menyampaikan lagu yang penuh emosi ini dengan cara yang tersendiri. Tidak hairanlah ramai yang tertarik dengan versi cover beliau.

Lagu Bukan Lagi Kita memang popular dan sohor kini kerana menjadi runut bunyi untuk drama yang sedang popular, “Curang Tanpa Niat”.

Malah, lagu ini juga semakin mendapat perhatian setelah lagu ini turut di’cover’ oleh Biduanita Negara Dato Seri Siti Nurhaliza baru-baru ini.

Bukan Lagi Kita bakal bersaing di Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39) yang akan berlangsung pada 16 Februari 2025 di TV3.

Tahniah kepada Halim kerana menyampaikan lagu ini dengan ‘vibes’ tergamaknya sedap! Nak tonton lagu cover Bukan Lagi Kita oleh Halim Ahmad? Layari akaun Tiktok Halim disini: @halim.ahmad

Continue Reading

Trending

Hakcipta Terpelihara © 2024 Munsyeed Edutainment