Itulah kata-kata yang terlintas dalam fikiran ketika pertama kali mendapat khabar daripada mereka yang pada ketika itu sedang giat menghasilkan album baru di studio rakaman. Selaku kumpulan yang terkenal dengan langkah mereka yang agak daring dalam memperkenalkan elemen-elemen baru di dalam industri nasyid, kemunculan NOWSEEHEART (NSH) selepas double trouble bersama Saujana tidak lama dahulu pastinya sesuatu yang sangat dinantikan oleh para peminat nasyid tanahair. Kali terakhir peminat dihidangkan dengan album nasyid penuh daripada NSH adalah pada tahun 2002 menerusi album Berjalan, Melihat & Mentafsir.
NOWSEEHEART Katakan
12 tahun telah berlalu dan kini mereka berempat kembali memeriahkan industri nasyid dengan kemunculan album terbaru berjudul “Katakan”. Album ini telah berada dipasaran mulai pada penghujung Disember 2014 dan baru sahaja dilancarkan secara rasmi pada 20 Januari 2015 bertempat di The Terrace, Mutiara Damansara. Menerusi album Katakan, kali ini NOWSEEHEART dilihat tampil lebih matang seiring usia perjalanan perjuangan seni yang mereka tempuhi bersama selama ini.
Majlis pelancaran album terbaru NOWSEEHEART – Katakan di The Terrace, Mutiara Damansara. sumber: Facebook
Album Katakan mengetengahkan 9 buah lagu merangkumi 8 lagu baru; Katakan, Fatwa Hati, Sudahlah, Selawat UntukMu, Aku Sayang Kamu, Saksi, Damai Di Sana, Fatwa Hati (akustik)termasuk sebuah lagu yang diberikan nafas baru dan lebih segar iaitu Damai Yang Hilang 2014.
Berbeza dengan versi single yang dilancarkan pada 2013, lagu Fatwa Hati yang diangkat sebagai “killer song” turut dimuatkan di dalam album ini dengan menampilkan penyanyi terkenal JayJay sebagai gandingan duet yang dilihat sangat serasi dengan kemampuan vokal yang dimiliki NSH.
Damai Di Sana – Tribute Untuk Arwah Bob.
Kebanyakan lagu serta lirik yang dimuatkan di dalam album Katakan adalah hasil ciptaan Azahari Abdul Rahman yang juga merupakan produser album dan anggota NSH. Lagu yang dihasilkan oleh beliau di dalam album ini jelas memberikan impak mendalam kepada pendengar terutamanya di dalam lagu Damai Di Sana yang merupakan sebuah dedikasi khas buat sahabat seperjuangan mereka Allahyarham Ahmad Firdaus bin Baharuddin atau lebih dikenali dengan panggilan Bob.
Persembahan allahyarham Firdaus (dua dari kanan) bersama Nowseeehart di TV Al-Hijrah
Pemilihan Ito Lara sebagai penulis lirik lagu ini adalah keputusan yang tepat. Menurut salah seorang anggota NSH, Huzaimi Zaini, Ito Lara adalah salah seorang yang sangat rapat dengan arwah pada suatu masa dahulu. Maka tidak hairanlah gabungan lagu serta lirik yang diiringi muzik menyayat hati ini sangat memberi kesan kepada NOWSEEHEART ketika proses rakaman sedang dijalankan.
“Memang masa kita record lagu tu sangat-sangat rasa kehilangan arwah.” kata Huzaimi kepada Munsyeed Dot Com. Tambahnya lagi, “Lagu ini memang sangat deep. Memang sebak masa recording”.
Kepada para peminat NOWSEEHEART, jangan lupa untuk dapatkan album terbaru mereka terbitan Inteam Records dan edaran bersama Sony Music Malaysia pada harga RM19.90 di rangkaian kedai buku Popular dan MPH seluruh Malaysia. Album ini juga boleh didapati di laman Inteam Mobile dan juga melalui platform digital seperti iTunes, Spotify dan Amazon.
Iconic Zain Bhikha who has won the hearts of Muslims throughout the word for three decades of song, story and the Dada and Me children’s series, releases a deeply personal song after many years. “I’m Not Ready To Let You Go” is an emotionally moving tribute to his beloved father Rashid Bhikha, a man who embodied faith, strength, unwavering love for his family, and left his mark on the world for his contribution to medicine and humanity.
Zain’s songs have always been a reflection of his personal life’s journey reflecting his faith, but more so, the meandering nature of being human, and this one is no different. Though the nature of its message speaks to the universal feelings of love and loss that we can all relate to. With hundreds of songs inspiring and motivating hearts towards Allah, “I’m Not Ready To Let You Go” is undoubtedly going to become a comfort and a favourite of Zain Bhikha fans.
“My father passed away a few months ago, he was the anchor that held us all together, the mountain upon which we all stand and the guiding light that showed us the way, I miss him every day,” said Zain Bhikha.
I’m Not Ready To Let You Go is available as a voice-only version. The official video is available on the ZainBhikhaOfficial YouTube channel and the audio, on all major music streaming platforms.
Other Releases
“Voice In Your Head” is a deep reflection of the unwavering love that parents bestow upon their children. It talks of the all-encompassing nature of a parents’ dedication to their children and the way that bond shapes who we are and who we become.
“The Forgiven” (featuring BoonaaM) delves into a powerful Hadith (prophetic narration) about forgiveness and Allah’s mercy. This song artfully tells the story of a man’s journey towards redemption.
“Salvation” (featuring Ashley Belal Chin) takes listeners on a heartfelt exploration of seeking Allah (SWT). The song emphasizes the closeness of Allah’s presence, reminding us that He is always with us.
All three songs are available in both voice-and-drum and voice-only versions on all major music streaming platforms. You can find the official videos* on the ZainBhikhaOfficial YouTube channel.
Selain Munif Hjjaz, seorang lagi figura yang aktif menghasilkan karya secara konsisten, tidak lain tidak bukan, penyanyi dan komposer terkenal; Daqmie.
Kali ini, Daqmie bekerjasama dengan Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Cawangan Datuk Keramat menghasilkan sebuah lagu raya terbaru berjudul Yang Mulia. Lagu ini disampaikan oleh Daqmie dan Mestica.
Pengerusi PERKIM Cawangan Datuk Keramat; Ustaz Mohamad Suhaimi Abdul Aziz yang juga merupakan penulis lirik, berkata lagu tersebut mengisahkan hubungan masyarakat dengan golongan mualaf di negara ini.
“Lagu tersebut dinyanyikan oleh Daqmie dan juga Kumpulan Mestica yang mengisahkan hubungan antara masyarakat dengan golongan mualaf.
“Ia sebagai salah satu usaha dakwah kami agar masyarakat turut sama terlibat dengan usaha yang kami gerakkan ini sekaligus membantu mereka yang memerlukan,” katanya ketika sidang akhbar yang diadakan di sini.
Menurutnya idea penghasilan single ini tercetus hasil perbincangan dengan Daqmie yang juga merupakan komposer bagi lagu tersebut.
“Selaku Duta Mualaf PERKIM Datuk Keramat, Daqmie pernah melontarkan idea agar usaha dakwah PERKIM tidak terlalu terikat dengan kaedah lama namun harus dipelbagai agar sesuai dengan zaman.
“Bermula dari situ maka terlahirlah lagu ini yang turut diterapkan dengan melodi kontemporari bagi menarik minat masyarakat khususnya generasi muda.
“Kami mengharapkan dengan kepakaran dan populariti Daqmie dan kumpulan Mestica dapat menarik minat lebih ramai anak muda dengan kerja dakwah yang aktif di platform digital dan media sosial,” ujarnya pula.
Terdahulu PERKIM Datuk Keramat meraikan golongan mualaf dengan mengadakan Majlis Berbuka Puasa sekaligus melancarkan single raya tersebut.
Sementara itu Daqmie ketika mengulas berkata cabaran utama ketika penghasilan lagu ini ialah kekangan masa sambil berharap single raya ini dapat diterima masyarakat.
“Antara cabaran ketika menghasilkan lagu ini ialah masa yang diberi agak suntuk. Ketika Ustaz (Suhaimi) maklumkan PERKIM mahu terbit lagu raya pada mulanya saya agak terkejut.
“Namun setelah berbincang dengan rakan-rakan kami akhirnya bersetuju menerima cabaran ini, alhamdulliah kerjasama yang diberikan semua pihak akhirnya single ini berjaya direalisasikan.
“Semoga lagu ini dapat diterima semua pihak sekaligus memeriahkan sambutan Aidilfitri pada tahun ini,” katanya pula.
Pemilihan kumpulan Mestica sebagai rakan duet dalam lagu ini dilihat mampu mengubat rindu dikalangan peminat Mestica yang sentiasa menantikan karya baharu dari kumpulan nasyid popular tersebut.
Lagu Yang Mulia telah berada di pasaran dan boleh distrim di semua platform penstriman muzik digital yang sah. Manakala video muzik Yang Mulia boleh ditonton di saluran Youtube Daqmie Channel.
Untuk rekod PERKIM merupakan organisasi yang aktif dengan kerja-kerja dakwah dan kebajikan untuk menyebarluaskan syiar Islam kepada golongan Islam dan belum Islam di negara ini.
Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada hari Rabu, 10 April 2024 bersamaan 1 Syawal 1445H.
Pengumuman ini dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja; Tan Sri Syed Danial bin Syed Ahmad dalam Pengumuman Tarikh Hari Raya yang disiarkan di semua radio dan televisyen tempatan sebentar tadi.
“Bagi menyempurnakan titah perintah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka adalah dengan ini saya mengisytiharkan bahawa tarikh Hari Raya Puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Rabu, 10 April 2024,” katanya.
Penetapan tarikh Hari Raya Aidilfitri ini dibuat berdasarkan rukyah dan hisab.
Selamat Hari Raya Aidilfitri diucapkan kepada semua umat Islam. Maaf zahir dan batin.