Categories: Epal PedasKolum

Penasyid vs Penyanyi Lagu Dakwah – Epal Pedas

Perhatian: Gambar sekadar hiasan.

Semenjak diangkat menjadi penulis pojok di halaman Munsyeed Dot Com ini, terpaksalah EP mencari bahan-bahan mengenai Nasyid Malaysia dan Indonesia bagi mengenali dan mengetahui tentang mereka lebih dekat lagi. EP mula google laman web penasyid dan membuka laman-laman sosial penyanyi nasyid solo dan berkumpulan.

Dapatan EP, tidak ada bezanya penyanyi nasyid dengan penyanyi bukan nasyid. Yang membezakan hanyalah lagu-lagu yang dinyanyikan dan aktiviti harian yang sedikit berlainan.

Kehidupan penyanyi nasyid dan bukan nasyid sama saja. Bersosial, berniaga, membeli belah, bersukan, beriadah, makan angin, berhaji dan umrah, berkahwin dan bercerai.

Ketika ‘selak menyelak’ tentang penyanyi nasyid atau mudah disebut ‘penasyid’ ada hal yang sedikit mengelirukan EP. Ini berkaitan dengan beberapa terma seperti penasyid, penyanyi lagu dakwah & penyanyi lagu ketuhanan (relegi).

Untuk lebih memahami terma-terma ini EP terpaksa meninjau lebih jauh membuka YouTube beberapa (banyak juga) penyanyi nasyid. Tujuannya untuk benar-benar memahami siapa mereka itu dan di dalam ketegori mana mereka berada. Penasyidkah, penyanyi lagu dakwahkah atau penyanyi lagu ketuhanan.
Sesudahnya apa yang EP faham, penasyid itu adalah penyanyi yang menyanyikan lagu-lagu dakwah mengandungi nasihat dan mengajak kepada berbuat yang baik (suruhan) kepada Tuhan, nabi-nabi, para sahabat dan para alim ulama. Nyanyian itu termasuklah selawat, qasidah, burdah, marhaban, azan dan seumpamanya. Menyeru (dakwah) kepada kebaikan dan menjauhi kemungkaran. Penampilan dan akhlak penasyid juga mencerminkan kehidupannya yang positif. Sentiasa berpakaian yang sesuai (mengikut sunnah) dan sempurna menutup aurat. Penyanyi lelakinya berkurta, berjubah dan berkopiah (ada juga yang tidak). Wanitanya bertudung sempurna. Yang baik-baik saja keluar dari mulut dan sentiasa menjaga akhlak serta peribadi mulia.

Penyanyi lagu dakwah atau penyanyi lagu ketuhanan pula ada sedikit berbeza terutama pada lagu nyanyiannya. Di Malaysia, penyanyi lagu dakwah atau penyanyi lagu ketuhanan sepenuhnya agak sedikit tetapi lagu-lagu dakwah banyak malah dinyanyikan oleh penyanyi pop & rock terkenal. Sebagai contoh lagu-lagu ciptaan dan nyanyian Sifu Dato’ M Nasir banyak ke arah ketuhanan dan positif. Lagu Seruan oleh Left Handed, Kau Satu-Satunya oleh Amir UK’s, Perjalanan Hidup oleh Ramli Sarip dan banyak lagi lagu-lagu dan ramai lagi penyanyi terkenal menyanyikannya. Dari sudut penampilan juga mereka turut berpakaian yang elok, menutup aurat dan berakhlak mulia. Cuma sesekali terlihat berjeans koyak dan bersinglet sahaja. Namun ketika menyanyi lagu-lagu positif, mereka berpakaian sempurna.

Di kalangan penasyid, ada juga yang menyanyikan lagu-lagu dakwah ciptaan baru dan lagu-lagu yang sudah ada (cover version). Ke duanya berkait rapat. Di kalangan penyanyi ‘Hijrah’ pula terkadang mereka menyanyikan semula lagu popular mereka tetapi senikatanya ditukar atau diubah kepada Tuhan, Rasulullah dan sebagainya. Ada ‘pro & cons’ di situ namun semuanya menuju ke arah kebaikan dan positif. Kalau dulu dituju kepada wanita pujaan kini kepada Tuhan dan rasul junjungan. Bagus la kan ke tidak?

Sedikit yang EP nak tegur di sini. Terdapat penyanyi nasyid yang menyanyikan semula (cover version) lagu ketuhanan yang pernah popular. Sayangnya nyanyian lagu tersebut tidak dapat menyaingi lagu asal. Bukanlah nak kata merosakkan lagu tapi sendu dik. Geleng kepala komposer dan penyanyi asal lagu tersebut. Lain kali agak-agak la sikit ya. Kalau nak ‘cover’ tu pilihlah lagu yang sesuai dengan kemampuan awak. Jangan pilih lagu yang popular saja sedangkan awak tak mampu membawanya dalam versi awak dengan baik.

Epal Pedas – Selalu dengar lagu lama dibaharui oleh Dayang Nurfaizah.

Penafian: Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian Munsyeed Dot Com

Epal Pedas

Artis hotz yang tak suka melihat ketidakadilan. Suka berterus terang. Tak pandai berlapik. Hanya yang tulus dan terang lagi bersuluh.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

2 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

2 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

2 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

2 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

2 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

2 months ago