Categories: Terkini

Rabithah Sangkal Dakwaan Anak Emas Tarbiah Sentap

Perjalanan seni mereka begitu cantik tersusun. Memulakan langkah sebagai artis berkumpulan pada 2016, Rabithah semakin mendapat tempat di hati peminat selepas kejayaan mereka menjadi finalis Anugerah Nasyid IKIM 2019 dan tiga teratas bagi kategori Artis Nasyid Pilihan Anugerah Nasyid Malaysia 2020.

Lagu-lagu nyanyian mereka menjadi sohor kini. Dalil Cinta (duet dengan Dr. Fitri Haris) Cinta Luar Biasa dan yang terbaru Cinta Takkan Tewas hasil kolaborasi mantap dengan Inteam, kesemuanya mencatatkan jumlah tontonan tertinggi di media sosial. Eksperimental mereka dalam muzik ternyata diterima baik oleh peminat-peminat.

Lagu Cinta Takkan Tewas yang dilancarkan tahun lepas, mendapat maklum balas yang positif di kalangan peminat. Lagu ciptaan sepenuhnya oleh Akmal Mustafa ini menyajikan halwa telinga baharu yang segar. Bak kata salah seorang peminat di Youtube video tersebut, “Sedap, vibes macam lagu bola!”

Kerjaya seni mereka tersusun kemas dibawah pengurusan Tarbiah Sentap Records (TSR).

Pun begitu, timbul desas desus yang mendakwa kononnya Rabithah merupakan anak emas Tarbiah Sentap Records dan diberi layanan istimewa di Tarbiah Sentap Records.

Ketika ditemubual oleh Munsyeed Dot Com, Rabithah kelihatan terkejut dengan dakwaan tersebut.

Menurut Ridwan Rais, khabar angin tersebut tidak benar sama sekali.

“Entahlah, tak pernah pun kami rasa seperti anak emas. Mungkin faktor tempoh kami bersama TSR (iaitu) semenjak 2016.”

“Lebih kurang 8 tahun kami bersama (dengan TSR) sehingga ada yang mengatakan kami anak emas (TSR).”

Tambah Ridwan lagi, semua artis dibawah pengurusan TSR dilayan dengan baik dan adil oleh pihak pengurusan. “Sejujurnya, pengurusan TSR tidak pernah memilih kasih. Kami selesa bekerja dengan mereka.”

“Semoga kerjasama kami bersama TSR terus dipereratkan bagi menghasilkan lagu-lagu dan karya dakwah yang memberi kesan kepada masyarakat.”

Bercerita mengenai perancangan untuk tahun ini, Rabithah berkata mereka mempunyai perancangan untuk tampil dengan single terbaru. Dalam masa yang sama, Rabithah juga berazam untuk lebih aktif dalam meningkatkan komunikasi dan penglibatan antara mereka dan peminat di semua media sosial.

“Untuk 2024 kami akan lebih aktif dengan content di TikTok, Instagran dan Facebook.”

“Juga, nantikan single baharu kami yang akan keluar tidak lama lagi. Insya-Allah kami akan bergandingan bersama dengan penyanyi tersohor negara. Siapa? Nantikan pengumumannya,” ujar Ridwan.

Husaini Hussein

Seorang yang positif kepada pembaharuan, komited dengan kerja dan aktif dalam kerja-kerja amal kemasyarakatan.

Recent Posts

“Mungkin Tiada Lagi Yang Lebih Besar Dari Ini” — Konsert Nur Kasih Sebagai Kemuncak (‘Magnum Opus’) Karier Inteam

Setiap Artis ada satu persembahan besar yang mendefinisikan siapa mereka.Tengoklah konsert-konsert besar artis tempatan yang…

5 months ago

Set List Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih Telah Keluar!

Debaran kian terasa apabila penganjur Konsert 25 Tahun Inteam Nur Kasih, Icon Entertainment secara rasmi…

5 months ago

Zikir Dikir di ACI’25 – Persembahan Ikonik Hafiz Hamidun dan Halim Yazid

Malam Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI’25) di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam bukan…

5 months ago

“Sudah-sudahlah terperangkap dalam luka yang sama…” – ADAM

Kumpulan ADAM, kembali mengukuhkan langkah dalam industri apabila tampil dengan single kedua berjudul “Sudah” -…

5 months ago

Aniq Muhai Puas Hati Dapat Sebarkan Mesej ‘Self Love’ Di Anugerah Carta IKIM 2025

Berjuang melawan penyakit sejak pertengahan tahun lalu, penyanyi solo Aniq Muhai membuktikan bahawa semangat yang…

5 months ago

Program TV Lebih Interaktif Di Slot Perdana 9 Malam TV AlHijrah

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program…

5 months ago