Categories: BeritaTempatan

“Rindu pada orang yang telah tiada ini memang berat…” – Anas Tahir dan Syahrul Asad Sentuh Hati Pendengar Dengan Lagu Pelita Syawal

Setiap kali Syawal menjelang, ia membawa bersama sejuta perasaan—kegembiraan, kerinduan, dan keinsafan.

Rasa itu digabungkan dan terciptalah Pelita Syawal, sebuah karya yang mengusik jiwa, menggabungkan melodi syahdu dengan lirik penuh makna tentang kasih sayang, doa, dan harapan.

Dinyanyikan oleh Syahrul Asad dan Anas Tahir, lagu ini merupakan ciptaan sepenuhnya Syahrul Asad sendiri dan diterbitkan oleh Soofi Studio.

Pelita Syawal menyelami makna Aidilfitri melalui perspektif masa—dari kegembiraan menyambut raya bersama keluarga sewaktu kecil, hinggalah pengalaman berbeza apabila usia meningkat dan kehilangan insan tersayang.

Rangkap demi rangkap yang dinyanyikan seolah membawa pendengar ke satu terowong masa, mengimbas kenangan suka duka sambut beraya bersama insan tersayang yang sudah tiada.

Benarlah, merindui orang yang telah pergi adalah sebuah rindu yang panjang dan tidak berkesudahan. Hanya gambar dan kenangan menjadi peneman jiwa.

Lagu ini mengingatkan kita bahawa Syawal bukan sekadar perayaan, tetapi juga ruang untuk mengenang, mendoakan, dan mensyukuri setiap detik yang pernah dilalui.

Lebih menarik, proses penciptaan lagu ini berlaku dalam tempoh hanya satu jam pada waktu malam, seolah-olah penghayatan dalam penyampaian mengalir dengan lancar di waktu malam.

Dengan susunan muzik yang mendayu dan lirik yang menyentuh hati, Pelita Syawal menerima sambutan positif daripada pendengar, malah ada yang menyifatkan lagu raya ini memenuhi kriteria lagu raya syahdu yang pernah disebut oleh Dato M. Nasir.

Bukan sekadar hiburan, Pelita Syawal hadir sebagai peringatan bahawa Aidilfitri bukan hanya tentang keriangan, tetapi juga tentang makna kehidupan, doa, dan harapan.

Lagu ini pastinya bakal menjadi pelita kenangan di hati pendengar setiap kali Syawal menjelma.

Husaini Hussein

Seorang yang positif kepada pembaharuan, komited dengan kerja dan aktif dalam kerja-kerja amal kemasyarakatan.

Recent Posts

“Sebak tengok Hadie layan ibu dia macam itu…” – Netizen Puji Arwah Suhaimi Saad Pandai Didik Anak

Sikap penuh kasih sayang antara anak dan ibu kembali mencuri perhatian netizen apabila satu video…

1 day ago

31 Nama Pengelola Jemaah Haji Bagi Tahun 2026 / 1447H Lantikan Tabung Haji Diumumkan

Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini mengumumkan pelantikan 31 syarikat pelancongan yang diberikan lesen rasmi…

1 day ago

Cocokins – Nurul Asyikin Tawan Hati Juri di Episod Kedua Projek Bangkit TV AlHijrah

TV AlHijrah meneruskan momentum inspirasi rakyat dengan tayangan episod kedua Projek Bangkit pada Sabtu lalu…

2 days ago

Zain Bhikha Studios Revives a Timeless Classic with “A Child’s Prayer”

After more than two decades of touching hearts across the globe, Zain Bhikha breathes new…

5 days ago

Zain Bhikha Studios Re-Releases “Can’t You See” – A Message of Faith and Resilience for Today’s Youth

Nearly two decades after its first release, Zain Bhikha Studios has breathed new life into…

2 weeks ago

MAIWP dan TV AlHijrah Jalin Kerjasama, Terbit Program Realiti Usahawan – “Projek Bangkit”

TV AlHijrah memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) sebagai langkah…

2 weeks ago