Connect with us

Konsert

Showcase Lah Ahmad – Tiket Sudah Mula Dijual, Terhad dan Eksklusif

Diterbitkan

pada

Tiket bagi Showcase Lah Ahmad yang bakal diadakan pada 1 Disember 2018 kini sudah mula dijual dengan pantas! (Baca: Showcase Lah Ahmad Disember Ini, Adeep Nahar Buat Penampilan Khas)

Difahamkan, hanya 200 keping tiket sahaja yang akan dibuka untuk jualan, menjadikan showcase ini terhad dan lebih eksklusif.

Showcase yang dibawakan khas oleh Sobats Management ini bakal diadakan di ATAS by Bijan FX Kelana Jaya pada 1 Disember 2018, bermula jam 9.00 malam hingga 11.30 malam.

Naib Juara GGV Musim ke-2, Adeep Nahar akan membuat penampilan khas dalam showcase ini.

Tiket berharga RM80.00 ini didatangkan bersama minuman percuma.

Untuk pembelian tiket, anda boleh hubungi penganjur melalui aplikasi Whatsapp di 019 554 8022.

– Munsyeed

Iklan
Komen

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Konsert

“He’s back!” – Maher Zain Umum Konsert Di Singapura Mac 2024

Diterbitkan

pada

Maher Zain kembali! Kali ini di Singapura.

Penyanyi yang popular dengan lagu Thank You Allah dan For The Rest of My Life ini akan kembali ke Singapura Mac ini untuk menjayakan konsert Maher Zain Live in Singapore.

Konsert tersebut dijadualkan akan berlangsung pada 2 Mac 2024, jam 8.00 malam di Singapore Hall Expo.

Istimewanya, konsert Maher Zain Live in Singapore ini turut menampilkan penyanyi Harris J sebagai penyanyi jemputan.

Berdasarkan semakan kami di laman sesawang Offshore Entertainment, selaku penganjur konsert ini bersama Echo+Pulse, tiket-tiket sudah mula dijual bermula 10 Januari 2024.

Tiket-tiket yang dijual berharga S$68, S$88, S$138 dan S$188. Manakala tiket eksklusif beserta sesi ‘Meet and Greet’ dijual pada harga S$238.

Tiket boleh dibeli secara atas talian di laman sesawang SISTIC di www.sistic.com.sg

Tinjauan kami di laman sesawang SISTIC mendapati penjualan tiket masih dibuka. Akan tetapi, tempat amatlah terhad. Oleh itu, jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan tiket ini sebelum kehabisan.

Continue Reading

Berita

Selebriti Tanah Air Bakal Memeriahkan Konsert Hubbu Rasul

Diterbitkan

pada

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan kerjasama Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) akan mengadakan persembahan khas bertajuk Hubbu Rasul pada 24 November 2018 (Sabtu) bertempat di Auditorium DBKL, Jalan Raja Laut bermula jam 8.30 malam. Hubbu Rasul ini adalah merupakan program yang dianjurkan bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul yang bertujuan untuk memperingati hari keputeraan junjungan besar Rasulullah S.A.W. dan menghayati perjuangan Baginda dalam menegakkan syiar Islam.

Program ini adalah merupakan gabungan persembahan artis-artis tanahair yang akan menyanyikan lagu-lagu kerohanian dan lagu-lagu yang mengandungi kata-kata nasihat, kisah para nabi serta memuji Allah. Bersesuaian dengan temanya iaitu Hubbu Rasul, dua (2) kumpulan nasyid yang popular sekitar tahun 90an, dua (2) orang artis lelaki solo dan artis duo akan mengadakan persembahan pada malam tersebut.

Persembahan ini akan dihoskan oleh Imam Muda Nazrul serta membariskan artis-artis nasyid berkumpulan seperti Raihan & Rabbani, artis duo Mawi & Daly Filsuf, serta artis solo seperti Aris Ariwatan & Raqib Majid. Lebih menarik lagi, persembahan semua artis ini akan diiringi oleh Orkestra Kuala Lumpur dengan menggunakan kepelbagaian instrumen muzikal termasuklah gambus, seruling, & percussion dan juga persembahan artis budaya DBKL.

Penganjuran persembahan ini antara lain bertujuan untuk memberi hiburan santai secara percuma kepada wargakota, selain memberi ruang dan peluang kepada artis tempatan membuat persembahan. Persembahan ini diadakan secara PERCUMA dan semua wargakota dan orang ramai dijemput hadir dan tempat adalah terhad kepada 600 orang sahaja bagi menyaksikan persembahan artis-artis tersebut.

Persembahan khas ini adalah PERCUMA di bawah program `KL Rhythm Nitez’ anjuran Jabatan Kebudayaan Kesenian, Pelancongan dan Sukan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan kerjasama Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN). Orang ramai bolehlah mendapatkan maklumat lanjut dengan melayari laman media sosial Instagram klcatsevents dan berhubung dengan Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) di talian 03-41055442 atau melalui email [email protected]

Continue Reading

Konsert

Gema Zikir Munajat 2018 Gandingkan Fitri Haris, Ustaz Hasnul Diwani dan Da’i Amirul

Diterbitkan

pada

Juara Gema Gegar Vaganza (GGV) Musim Ke-2, Fitri Haris bakal bergandingan dengan Ustaz Hasnul Jamal (Diwani) dan Da’i Amirul pada satu pentas sempena Konsert Amal dan Makan Malam Gema Zikir Munajat 2018.

Konsert amal dan makan malam ini bakal diadakan pada 17 November 2018 ini bermula jam 8.00 malam hingga jam 11.00 malam bertempat di Dewan Dato’ Maharajalela, IKBN Seri Iskandar, Perak.

Gema Zikir Munajat 2018

Bertemakan Law Kana Bainana, Konsert Gema Zikir Munajat ini bakal menyajikan persembahan yang menarik yang  penuh penghayatan sempena Maulidur Rasul yang bakal diraikan tidak lama lagi.

Konsert amal dan makan malam ini merupakan anjuran bersama SRITI At-Ta’alim, Seri Iskandar dan PASTI Kawasan Parit. Manakala Darul Mubarak Sdn Bhd sebagai Penaja Platinum bagi konsert amal ini.

Tiket-tiket berharga RM50 dan RM100 telah mula dijual dan boleh dibeli melalui Ustaz Farid di 013 672 7827, Ustaz Asyran di talian 019 523 7815 atau Ustazah Iylia di talian 013 734 9788.

– Munsyeed

 

Continue Reading

Trending