Connect with us

Info Nasyid

Top 5 Lagu Nasyid Terbaik AIM 21

Diterbitkan

pada

Senarai top 5 bagi setiap kategori untuk Anugerah Industri Muzik kali ke-21 telahpun diumumkan. Tidak seperti AIM 20 yang memperlihatkan penyertaan artis dan penggiat nasyid dalam beberapa kategori yang dipertandingkan, untuk AIM 21 penglibatan artis dan penggiat nasyid hanya tertumpu pada kategori Lagu Nasyid Terbaik sahaja.

Tanpa membuang masa, mari kita lihat dan dengar 5 lagu yang telah terpilih sebagai calon Lagu Nasyid Terbaik AIM 21.

Lagu Nasyid Terbaik AIM 21

Top 5 Lagu Nasyid Terbaik AIM 21


 

1. Andai Esok – Akhil Hayy (Komposer/Lirik: Badlisham/Hairul Anwar Harun)


 

2. Insan – Alif (Komposer/Lirik: Johan Nawawi/Fauwaz Fadzil)

[youtube url=”http://www.youtube.com/watch?v=WNbWjd3WPxw”]
 

3. Rindu Allah Sayang Allah (R.A.S.A.) – Iwan Syahman & Iwan Junior (Komposer/Lirik: Iwan Syahman & Iwan Junior)


 

4. Satu Kalimah – Damai & Friends (Komposer/Lirik: Bazli UNIC)

[youtube url=”http://www.youtube.com/watch?v=X25AoS_dczg”]
 

5. Selamanya Bahagia – Nora feat Mosyi & Putri (Komposer/Lirik: Azlan Abu Hassan/Johan Nawawi)

[youtube url=”http://www.youtube.com/watch?v=RcD_MFVRfYk”]
 
Lagu nasyid manakah yang bakal memenangi kategori “Lagu Nasyid Terbaik” AIM ke-21? Jangan lupa untuk menyaksikan malam kemuncak Anugerah Industri Muzik ke-21 yang akan bersiarang secara langsung pada hari Sabtu, 6 Disember 2014.

– Munsyeed Dot Com.

Iklan
2 Komen

Komen

Your email address will not be published.

Info Nasyid

Dua album terbaik dihasilkan UNIC, Hijjaz, dan Mirwana

Diterbitkan

pada

Oleh

Alhamdulillah, acara realiti tv ‘Gema Gegar Vaganza’ (GGV) musim pertama yang membarisi otai-otai nasyid dan penyanyi-penyanyi lagu religi akhirnya melabuhkan tirai. Pastinya wujud pendengar-pendengar baharu yang mula hendak berjinak-jinak dengan genre nasyid dan perlahan-perlahan membuat carian akan lagu penasyid-penasyid kegemaran yang membarisi GGV.

Untuk memastikan korang tidak tersesat dalam pencarian itu, disini inisiatif yang saya lahirkan sendiri iaitu dengan menyenaraikan dua album terbaik yang pernah dihasilkan pemenang top tiga dalam GGV – UNIC, Hijjaz, dan Mirwana.

Pendengar-pendengar baharu perlu tahu yang sebenarnya wujud album-album berkualiti yang telah dilahirkan oleh penggiat nasyid yang menyertai GGV. Kualiti yang sebenarnya bukan calang-calang! Tetapi dihasilkan dengan ‘effort’ dan ‘rasa’ yang luar biasa.

UNIC

You and I See

Tak boleh dinafikan, album pertama UNIC yang berjudul ‘You and I See’ boleh saya katakan sebagai album terbaik yang pernah dihasilkan oleh mereka. Muncul sebagai album sulung juara GGV ini, album ‘You and I See’ mencipta fenomena dengan barisan lagu-lagu hits malar segar yang menjadi siulan sehingga ke hari ini.

Lagu-lagu seperti ‘Ainul Mardhiah’, ‘Hanya Tuhan Yang Tahu’, dan ‘Jalinan’ menjadi kegilaan dalam kalangan pelajar-pelajar universiti terutamanya di institusi-institusi Islam. UNIC boleh dikatakan bertuah dek penghasilan album ‘You and I See’ kerana album ini telah bernaung dibawah usaha keras dan sumbangan kebanyakan melodi indah dari ‘abang-abang’ Hijjaz mereka termasuk sumbangan lirik yang padu-padu dan mantop dari penulis lirik nasyid prolifik Malaysia, iaitu saudara Ito Lara.

Walau dengan hanya komposisi muzik yang sederhana, album ini telah meletakkan penanda aras yang tinggi terhadap kebolehan UNIC dalam industri nasyid.

Langkah Tercipta

Awalnya saya mahu memilih album ‘See You di IPT’ sebagai album kedua terbaik bagi kumpulan nasyid ini kerana adanya lagu-lagu favourite yang bagi saya ada kualiti dan rasa seperti lagu ‘Ke Makam Bonda’, ‘Demi Cinta Suci’, dan ‘Sebuah Pertemuan’.

Tetapi rakan saya Bakhtiar selaku salah seorang peminat tegar UNIC beritahu yang album ‘Langkah Tercipta pada pandangannya adalah album terbaik pernah UNIC dihasilkan. Banyak lagu-lagu yang menarik dan UNIC juga berjaya menunjukkan kekuatan mereka dari dimensi yang berbeza. Seolah-olah ‘comeback’ katanya.

Lagu-lagu seperti ‘Lafaz Yang Tersimpan’ dan ‘Atas Nama Cinta’ telah menjenamakan UNIC di satu level yang baharu. Kekuatannya tidak lagi pada vokal semata-mata, tetapi mereka juga telah menunjukkan kekuatan harmonizing dan pemilihan genre lagu yang agak baik.

HIJJAZ

Tidak perlulah kita persoalkan lagi tentang kehebatan karya-karya yang dihasilkan oleh ‘otai’ kita yang satu ini. Semua album konsep Hijjaz mantop-mantop! Masha Allah. Dari segi rasa mahupun kualiti, Hijjaz hakikatnya ‘champion’ sebenar dalam industri nasyid. Saya yakin sehingga sekarang pun ‘effort’ Hijjaz dalam melahirkan album-album hits masih tidak terhenti.

PERMATA HIJJAZ 1431

Apa pun, saya perlu juga pilih dua album mereka yang terbaik walaupun saya rasa tak adil pada album-album yang lain. Cuma sebagai pendengar muda, saya fikir pendengar-pendengar baharu perlu dapatkan antara album terkini Hijjaz seperti ‘Permata Hijjaz 1431’ ini. Sebuah album berkonsepkan orkestra dimana terhasilnya lagu-lagu padu seperti ‘Embun Hidayah’, ‘Iman, Islam & Ihsan’ dan ‘Syukur Pada-Mu’. Saya fikir ini satu ‘attempt’ yang sangat baik dan berani oleh kumpulan Hijjaz untuk menghasilkan album yang ‘berat’ tanpa memberi apa-apa kekurangan pada sudut rasa dan kualitinya. Meremanglah senang cerita. Tahniah Hijjaz!

JANJI

Haaa! Ini merupakan antara album terbaharu Hijjaz yang saya sangat suka. Album ini kedengaran sedikit ‘rock’ pada kebanyakan komposisi muziknya tetapi imej dan ‘lenggok’ Hijjaz masih dikekalkan. Itu yang membuatkan album kumpulan legend ini akan sentiasa relevan dan ever green untuk dilayan dengar.

Sekali lagi Hijjaz sangat teliti dari sudut pemilihan dan penciptaan lagu sehingga terhasilnya lagi karya-karya berat seperti ‘Kau Pemilik Cinta’, ‘Janji Khalifah’, dan ‘Hanyalah Iman’. Kemudian terdapat banyak ‘line’ yang dibahagi-bahagi tidak pada solo utama (Ustaz Munif) sahaja, tetapi turut diambil oleh Ustaz Isman, Ustaz Arifin, dan Ustaz Faizal. Saya fikir ini perkembangan yang bagus untuk menonjolkan ahli-ahli Hijjaz yang lain.

Tahniah Hijjaz kerana sering berani mencabar kemampuan diri untuk menghasilkan karya-karya terbaik dan muzik yang fresh untuk pendengar semasa. Long live legend!

MIRWANA

Mirwana merupakan ‘vocal harmony group’ yang telah membina empayar dan kumpulan peminat tersendiri. Selesai GGV, ramai yang telah kembali membuka mata terhadap kebolehan dan versatiliti Mirwana dalam industri. Peminat-peminat Mirwana menyifatkan kumpulan ini sebagai ‘Boyz II Men versi Nasyid’ atau dalam kata lain, kumpulan yang sangat ‘anchor’ dalam persembahan berharmoni disamping turut mempunyai kekuatan vokal pada setiap ahlinya.

Saya fikir Mirwana yang sekarang adalah sebuah kumpulan kombinasi vokal yang ‘hampir sempurna’ dengan paduan level suara yang unik oleh setiap ahli – Hafiz, Along, Ikram, Naim, Faiz, dan Akmal.

Fakta menarik; Mirwana merupakan kumpulan vokal yang tidak menjadikan nyanyian sebagai kerjaya utama tetapi sangat menyerlah penglibatannya dalam industri.

HIKMAH KEMBARA

Bermodalkan album ‘Hikmah Kembara’ ini, Mirwana telah memenangi pelbagai anugerah tidak kira di peringkat nasyid mahupun arus perdana. Dengan album inilah kita dapat melihat wajah ‘familiar’ seperti Faizal Tahir dan Izzat Mahadi, iaitu antara pemilik suara awal yang telah mengangkat kumpulan Mirwana ke tahap yang amat membanggakan.

‘Hikmah Kembara’ merupakan batu loncatan yang penting buat Mirwana. Lagu-lagu hits seperti ‘Aku Tanpa CintaMu’ (ft. Jay Jay), ‘Hikmah Kembara’, ‘Permataku’ dan banyak lagi telah menjadi siulan pendengar-pendengar muda yang kebanyakannya mencari ‘angin baharu’ dalam industri nasyid.

Paduan vokal dan ‘harmonizing’ beserta pemilihan dan penghasilan lagu yang ada ‘class’ telah mencipta jenama ‘Mirwana’ yang kuat dan mampu pergi lebih jauh.

BUMI AKHIR USIA

Album ‘Bumi Akhir Usia’ diterbitkan pada tahun 2010 dan boleh saya katakan sebagai album ‘comeback’ buat Mirwana. Saya fikir menghasilkan album konsep dengan 10 buah lagu bukanlah satu keputusan yang mudah dengan kuasa pembeli kini yang tidak lagi menyebelahi. Namun Mirwana pada tahun tersebut berjaya menghasilkan album ‘Bumi Akhir Usia’ yang sangat ‘boom’ dan menyerlah dari sudut konsep album dan pemilihan lagu.

‘Bumi Akhir Asia’ menyaksikan rebranding Mirwana dengan pertaruhan lagu-lagu ‘killer’ seperti ‘Tika Masanya’ (ft. Hujan), ‘Andaiku Pergi’ dan ‘Jauh’. Lagu-lagu lain yang tersenarai turut menyaksikan usaha Mirwana bereksperimentasi dengan muzik dan genre yang pelbagai. Album mesti dengar lah senang cerita! Nak dengar paduan suara dan harmoni yang mantap, maka inilah album yang anda perlu dapatkan.

Sekian senarai dua album terbaik oleh pemenang top tiga dalam acara Gema Gegar Vaganza musim pertama. Korang pun mesti ada pendapat masing-masing kan terhadap album yang mana paling menyerlah? Apa lagi, kongsikan dengan kami!

Continue Reading

Info Nasyid

Kuiz Trivia Nasyid 1 – Hanya Peminat Sejati Mampu Menjawab.

Diterbitkan

pada

Benarkah anda seorang peminat nasyid?

Jika benar, buktikan! Kami cabar anda jawab soalan-soalan berikut dengan tepat. Hanya ‘kipas susah mati’ sahaja yang pasti akan dapat menjawab semua soalan di bawah dengan betul, cepat dan tangkas.

Selamat mencuba! ??

 Berapa markah korang dapat?

Continue Reading

Info Nasyid

7 Fakta Menarik Tentang Radio IKIM.FM

Diterbitkan

pada

Tanggal 6 Julai 2001 merupakan tarikh keramat bagi industri nasyid tanah air apabila sebuah stesen radio berteraskan Islam, IKIM.FM lahir dikala lagu-lagu nasyid kurang mendapat tempat di dalam siaran radio komersial. Kehadiran stesen radio IKIM.FM adalah suatu berita yang amat dinantikan oleh rakyat Malaysia khususnya bagi para peminat nasyid, memandangkan pilihan alternatif yang sedia ada tidak menepati citarasa pendengar yang inginkan hiburan yang bersih dan mendidik jiwa.

Sebagai sebuah stesen radio yang berteraskan Islam, IKIM.FM telah berjaya memberikan sumbangan yang signifikan dalam mengangkat martabat industri nasyid tanah air. Hal ini terbukti menerusi Carta Nasyid IKIM dan penganjuran malam Anugerah Nasyid IKIMFM.

Bersempena dengan ulangtahun ke-14 IKIM.FM, kami ingin kongsikan 7 fakta menarik mengenai stesen radio yang telah menjadi pilihan utama anda selama ini.

Jom kita mulakan!

  • Stesen radio IKIM.FM merupakan satu-satunya stesen radio islamik di Malaysia yang bersiaran selama 24 jam setiap hari. Memandangkan IKIM.FM didengari oleh para pendengar dari seluruh dunia, ianya satu langkah yang logikal bagi mereka untuk bersiaran sepanjang hari bagi memenuhi ruang waktu pada zon masa yang berbeza.
  • Di Malaysia, radio IKIM.FM menjadi stesen radio pertama yang beroperasi menggunakan sistem digital sepenuhnya.
  • Setelah 14 tahun bersiaran, hari ini radio IKIM.FM memiliki sejumlah pendengar yang terdiri dari lebih 100 buah negara seluruh dunia.
  • Lagu Jangan Takut Gelap nyanyian Shafa Tasya Kamila dan Duta SO7 merupakan antara lagu yang kerap dimainkan pada waktu malam diawal kemunculan IKIM.FM. Penyanyi cilik yang berasal dari Indonesia itu kini sudah berumur 23 tahun.

[youtube url=”https://www.youtube.com/watch?v=AFkRQ_85meI”]

  • Jumlah pendengar IKIM.FM setiap minggu telah mencecah sehingga 738,000 orang pendengar. Ini bersamaan dengan 4% daripada jumlah keseluruhan pendengar stesen radio melayu bagi tahun 2015 iaitu sebanyak 56.3%. (sumber: Nielsen)
  • 31% pendengar radio IKIM.FM adalah dari kelompok pelajar dan penuntut universiti. Data yang dikeluarkan oleh syarikat Nielsen ini membuktikan stesen radio IKIM.FM masih relevan untuk pendengar generasi muda. Sekiranya anda bukan dalam lingkungan umur tersebut, percayalah bahawa sesungguhnya anda memiliki jiwa dan semangat seperti seorang pemuda.
  • Sebelum kewujudan radio IKIM.FM, frekuensi 91.5 pernah digunakan oleh stesen radio swasta Red FM sebelum berpindah ke frekuensi 104.9 pada tahun 1999.

Itulah sedikit sebanyak info dan fakta menarik yang sempat kami kumpulkan buat tatapan pembaca Munsyeed mengenai stesen radio pilihan utama rakyat Malaysia. Sepanjang 14 tahun beroperasi, pasti ada pelbagai kenangan pahit dan manis dikalangan staff dan pendengar IKIM sendiri.

Semoga ulangtahun kali ini akan menjadikan radio IKIM.FM lebih matang, kompetitif dan sentiasa relevan di hati pendengar seluruh dunia.

ulangtahun ikim

– Munsyeed Dot Com

Continue Reading

Trending