Connect with us

Carta

30 Lagu Dipilih Untuk Saringan Anugerah Nasyid IKIMFM

Diterbitkan

pada

Sebanyak 30 buah lagu diumumkan telah terpilih untuk memasuki peringkat saringan Anugerah Nasyid IKIMFM. 30 buah lagu ini akan dinilai dan diadili oleh juri-juri professional yang akan dilantik oleh pihak IKIMFM.

Pihak kami difahamkan, daripada 30 buah lagu ini, hanya 10 lagu terbaik yang akan dipilih untuk dipertandingkan di malam kemuncak Anugerah Nasyid IKIMFM pada 10 Januari 2015.

Lagu-lagu ini telah dipilih berdasarkan kedudukan mereka yang berjaya bertahan dalam Carta Nasyid IKIMFM yang dikendalikan oleh DJ Mohd Erwan Johari pada setiap hari Ahad, jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari.

Ok, jom kita lihat senarai 30 buah lagu yang berjaya memasuki peringkat saringan Anugerah Nasyid IKIMFM.

  1. Ada Mu – Najwa Latif
  2. Aku Yang Berdosa – Shahir
  3. Al-Haq… Yang Satu – Mawi feat Dato’ AC Mizal
  4. Bintang Syurga – Raqib feat UNIC
  5. Bukan Milik Kita – 6ixth Sense
  6. Cahaya Seluruh Alam – Almawlid
  7. Cinta Hakiki – Fitri Haris feat Mospeada
  8. Cukup Kau Untukku – Naim Helmi
  9. Dalam Sujud Cintaku – Halim Ahmad
  10. Ikramul Kareem – IM Hassan, IM Jabbar, IM Hafiz, IM Naufal & UNIC
  11. Iman & Aman – Inteam
  12. Istighfar – Saujana
  13. Jodoh Berdua – Hafiz Hamidun
  14. Kasih – Mestica feat Dakmie
  15. Kasih Padamu – Hafiz Hamidun
  16. Kau Ditakdirkan Untukku – Inteam feat Suhaimi Saad & Edcoustic
  17. La Tahzan – Heliza Helmi
  18. Laungan Cinta – Voice of Men
  19. Maafkan Aku – Nowseeheart
  20. Macam Cantik Jer, Macam Comel Jer – AMAR
  21. Maha Suci Allah – UNIC feat Amir Almawlid
  22. Rindu Ini – Du’a feat Ustaz Amal, Alkautsar, Anas Tahir & Azfar
  23. Rindukan Cahaya – Muadz
  24. Sahabat – Najwa Latif feat Syamkamarul & Sleeq
  25. Seiring Sehaluan – UNIC
  26. Syahadah Rabaah – Fetya
  27. Tangis Sebatang Tamar – Dakmie
  28. Tolong Ampunkan – Suhaimi Saad feat Amir Kaslam
  29. Ucaplah Alhamdulillah – Amirul Haswendy
  30. Warkah Cinta – IM Nazrul feat UNIC

Lagu manakah yang bakal terpilih? Jangkaan anda?

Apa pun, nantikan pengumuman lanjut daripada IKIMFM mengenai 10 lagu terbaik yang akan dipilih ke malam kemuncak Anugerah Nasyid IKIMFM.

– Munsyeed Dot Com

Iklan
1 Komen

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Berita

Tujuh Lagu Layak Ke Pentas Akhir Anugerah Carta 114 Musim Kedua TV AlHijrah

Diterbitkan

pada

TV AlHijrah baru-baru ini telah mengumumkan tujuh kategori pencalonan yang telah berjaya melayakkan diri ke Kemuncak Anugerah Carta 114.

Penganjuran Anugerah Carta 114 kali ketiga ini mengiktiraf karya nasyid sebagai medium seni yang mendidik jiwa dan memperkayakan budaya sekaligus mengangkat martabat karya nasyid tempatan dan memberi pengiktirafan kepada penggiat seni muzik Islam.

Sepanjang 43 minggu siarannya pada tahun 2024, TV AlHijrah menampilkan sistem pemarkahan yang telus. Sebanyak empat kategori dinilai sepenuhnya oleh panel juri profesional, dua kategori berdasarkan gabungan 70% undian peminat dan 30% juri profesional, manakala satu kategori sepenuhnya ditentukan oleh undian peminat.

Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Namanzee Harris berkata, “lagu bergenre ketuhanan bukan sekadar seni hiburan, ia adalah wasilah dakwah yang berfungsi sebagai jambatan antara seni, budaya dan keimanan.

“Penganjuran Anugerah Carta 114 ini bukan sekadar acara penghargaan, tetapi sebuah usaha kolektif untuk menyuburkan kesedaran masyarakat tentang nilai seni yang berpaksikan adab, ilmu dan iman.

“Kami percaya, seni yang baik adalah seni yang membawa manusia lebih dekat kepada Allah. TV AlHijrah komited untuk memastikan seni Islam terus relevan dalam arus perdana. Ini adalah manifestasi keberkesanan seni dalam membangunkan jiwa manusia,” jelasnya.

Sebanyak 49 lagu telah bertanding dalam Carta 114. Namun, hanya tujuh lagu terbaik telah berjaya mara ke pentas kemuncak.

Antara kategori dan pemenang yang berjaya ke Anugerah Carta 114 adalah;

  • Susunan Muzik Terbaik: Hanya Dia nyanyian Halim Ahmad dan Aiman Sidek memenangi kategori ini dengan markah tertinggi, 75%, mengatasi Sirih Pulang ke Gagang (74.7%) dan Gapura (74.3%).
  • Muzik Video Terbaik: Sirih Pulang ke Gagang muncul juara dengan 75%, mendahului Cinta Takkan Tewas (69.3%) dan Bebaskan (67.3%).
  • Lirik Terbaik: Cinta Luar Biasa nyanyian Rabithah, hasil karya Akmal Mustafa, mencatat 79.3%, mengungguli Cinta Takkan Tewas dan Gapura.
  • Solo Terbaik: Idris Shamsuddin melalui lagu Cinta Pada-Mu berjaya memukau juri dengan markah 85%, mengatasi Haadi (Kau Bak Permata, 84%) dan Ezyree Fayyad (Husnul Khotimah, 80%).
  • Artis Berkumpulan Terbaik: lagu Salam Madinah oleh penyanyi Madinah dinobatkan sebagai pemenang dengan memperoleh 85%, mengetepikan Gapura (82%) dan Khaulah Al-Azwar (79%).
  • Kategori Terunggul Carta: Kau Bak Permata lagu nyanyian Haadi paling unggul hasil penilaian pihak produksi dan juri profesional.
  • Pilihan Peminat: Lagu Abu Ubaidah nyanyian Darwish mendominasi undian peminat dengan 2,221 undi, jauh meninggalkan Khaulah Al-Azwar (637 undi) dan Kau Bak Permata (462 undi).

TV AlHijrah berkeyakinan bahawa para finalis Anugerah Carta 114 tahun ini menunjukkan bahawa bakat besar dalam industri ini tidak hanya mencipta hiburan, tetapi juga mampu menyampaikan mesej dakwah yang kuat dan menyentuh hati.

Majlis kemuncak Anugerah Carta 114 2025 akan disiarkan secara langsung di TV AlHijrah pada 1 Februari 2025, Sabtu, jam 9 malam. Rancangan ini menampilkan persembahan eksklusif daripada barisan finalis dan artis jemputan. Acara ini bukan sekadar perayaan seni, tetapi juga satu santapan rohani buat penonton untuk menghayati keindahan Islam melalui seni yang penuh makna.

Penonton boleh mengikuti rancangan ini serta kesemua rancangan terbaik TV AlHijrah melalui saluran TV AlHijrah, platform media sosial rasmi, serta portal AlHijrah Online.

Continue Reading

Berita

Wah! Menariknya Rancangan TV AlHijrah Sempena Syawal Tahun Ini.

Diterbitkan

pada

Aidilfitri diraikan di TV AlHijrah dengan tema Syawal Menyebar Keinsanan. 13 seleksi rancangan istimewa akan disajikan buat penonton. Kesemua rancangan ini bermatlamat mengeratkan perhubungan manusia dengan Yang Esa dan perhubungan manusia sesama manusia sebagai pedoman penting di dalam memahami kehidupan yang hakiki. 

13 rancangan Syawal pelbagai genre adalah Assalamualaikum Istimewa Syawal, Camca Syawal, Cinta Ilmu Raya Taranum Challenge Raya, Episod Akhir Risalah Imam Al-Syafie, Hijrah Berselawat, Carta 114 Raya, Ketika Cinta Bertasbih 1 dan 2, Filem Mimpi Ananda Raih Semesta, Filem Suami Yang Menangis, Filem 5 Penjuru Masjid, Tau-Tau Dah Raya dan Tau Tau Dah Raya Akademi Qurra’.

Haji Zulkarnaen Mokhtar
Haji Zulkarnaen Mokhtar

Menurut Pemangku Pengurus Kanan Jabatan Pengurusan Kandungan, Haji Zulkarnaen Mokhtar, TV AlHijrah akan terus menghidangkan rancangan-rancangan membaja nurani sepanjang sambutan Aidilfitri

“Kejayaan siaran Ramadan tahun ini boleh dijadikan kayu ukur dalam mensasarkan kejayaan siaran di bulan Syawal.

“Data Nielsen Media Research mendedahkan jumlah tontonan TV AlHijrah sejak bersiaran awal Ramadan lalu sehingga separuh Ramadan meningkat 9 peratus berbanding tontonan sebelum bulan Ramadan, dengan jumlah tontonan sebanyak 4.2 juta.

“Antara program yang mendapat pilihan penonton yang menyumbang kepada kadar pertambahan tontonan ini ialah Taranum Challenge, Mai Ngaji, Cinta Ilmu, Tawajjuh, Ibrah Ramadan, Riwayat Akhir. Zaman, 40 Kalam Junjungan, 30 Minit Bersama, Sembang Moreh dan Moh Dengar SD.

“Prestasi program awal pagi, Assalamualaikum turut meningkat 50 peratus pada bulan
Ramadan berbanding sebelumnya.

“Walaupun data tontonan dan rating menjadi sasaran setiap stesen namun untuk TV AlHijrah, kayu ukur yang lebih utama kepada kami adalah apabila dapat menyediakan program-program yang boleh menyemai nilai keimanan yang tinggi dan berterusan kepada penonton.

“Oleh itu, kita yakin pada bulan Syawal, TV AlHijrah akan sentiasa menjadi pilihan penonton untuk rancangan keagamaan, isu semasa, perbincangan seputar kehidupan dan gaya hidup masa kini,” jelas Zulkarnaen.

RANCANGAN ISTIMEWA SYAWAL 1445H

Assalammulaikum Istimewa Syawal (1-3 Syawal, 7 Pagi)
Hiasi pagi Aidilitri anda dengan program bual bicara pagi bersama Naufal Hatta, Farah Adeeba & Amie Sofia dalam meraikan tetamu istimewa yang akan berkongsi kisah kemenangan Syawal dan ibrah yang diambil daripada Ramadan.

Camca Syawal (1 Syawal, 5 Petang)
Bersama hos Ammar Mukhlis berkongsi tiga resipi hari raya yang akan dimasak bersama chef jemputan. Antara menu yang akan dihidangkan ialah Nasi Arab Citarasa Melayu sambil ditemani suasana kampung.

Taranum Challenge Raya (1 Syawal, 7:25 Malam)
Kapsul Taranum Challenge Raya menampilkan Ustaz Fahmi dan Tilmiz Fahmi sebagai hos pentaranum yang akan memperdengarkan pelbagai jenis alunan bacaan al-Quran secara battle bersama orang awam selama 22 episod yang menarik.

Cinta Ilmu Raya (Malam raya & 1 Syawal, 7:30 malam)
Cinta Ilmu Raya merupakan sebuah rancangan tazkirah agama yang berbentuk pengajian kitab yang bakal menarik minat penonton. Rancangan ini akan mengupas topik menarik berkaitan Islam, Iman dan Ihsan berpandukan kitab yang bersesuaian.

Episod Akhir Risalah Imam Al-Syafie (2 Syawal, 6 petang)
Saksikan episod kemuncak drama bersiri arab Risalah Imam Al-Syafie yang memaparkan kisah perjalanan hidup seorang tokoh iman mujtahid masyhur iaitu Imam Al-Syafie yang membangunkan empat mazhab fiqah terbesar dalam Islam.

Hijrah Berselawat (3 Syawal, 9 Malam)
Ayuh berselawat dan berqasidah bersama Ustaz Husaini Mahmur, Inteam, Raihan, Lah Ahmad, Azan Addin, Pot Amir dan Bob Yusof disertai tausiyah oleh Ustaz Jafri Mahmoodi. Bersama kita imarahkan Syawal ini dengan alunan selawat terindah di TV AlHijrah.

Carta 114 Raya (13 April, 6:30 Petang)
Hari raya diserikan lagi dengan rancangan hiburan Islamik buat tatapan penonton dalam rancangan Carta 114 Raya. Rancangan ini disiarkan pada setiap hari Sabtu bersama tetamu undangan InTeam, Ustaz Kahirul Anwar & Mateen dalam episod khas Aidilfitri kali ini.

Filem Ketika Cinta Bertasbih 1 & 2 (1-2 Syawal, 10 Malam)
Mengisahkan tentang Azzam seorang mahasiswa Universiti Al-Azhar yang berkerja keras menuntut ilmu sambil berusaha menyara keluarganya di kampung. Namun mengalami kesukaran dan ujian untuk memilki seorang gadis yang diminatinya. Saksikan kesudahan perjalanan hidup Azzam dalam filem Ketika Cinta Bertasbih 1 dan 2.

Filem Mimpi Ananda Raih Semesta (3 Syawal, 10 Malam)
Sekar Palupi, seorang gadis muda yang bercita-cita untuk melihat planet Marikh dari dekat. Ibunya, Tupon, juga berimpian untuk melihat anaknya mencapai impian tersebut. Apakah kesudahan nasib ibu dan anak ini? Saksikan kisah mereka pada malam 3 Syawal di TV AlHIjrah. Dibintangi oleh Kinaryosih, Acha Septriasa, Teuku Rifnu Wikana, Cholidi Asadil Alam, dan Chelsea Riansy.

Filem Suami Yang Menangis (4 Syawal, 10 Malam)
Diadaptasi daripada kisah nyata Ustaz Arifin Ilham, seorang ulama besar yang jatuh koma setelah dipatuk ular. Musibah tersebut menjadi titik awal perjalanan hidupnya sebagai insan yang taat kepada Tuhan. Memaparkan barisan pelakon Aryo Wahab sebagai watak utama, Betari Ayu, dan M. Alvin Faiz.

Filem 5 Penjuru Masjid (5 Syawal, 10 Malam)
Kisah perjalanan 5 anak muda yang dipertemukan di Masjid Al-Kautsar, termasuk Bewok, seorang samseng yang berubah setelah menjadi penjaga masjid. Budi, Abian, Usman, Lukman, dan Gani, saling berkongsi cerita dan bersama-sama berhijrah menjadi pemuda yang taat beribadah.

Jadi, jangan lupa saksikan program-program menarik ini sepanjang Syawal di kaca
televisyen dan aplikasi AlHijrah Plus.

Continue Reading

Berita

Keputusan Anugerah Nasyid IKIMFM 2014 #ANI2014

Diterbitkan

pada

Berikut adalah keputusan terkini malam Anugerah Nasyid IKIMFM 2014

Dengarkan siaran secara langsung Anugerah Nasyid IKIMFM 2014 di radio IKIMFM atau tonton secara langsung di TV Alhijrah.

Kategori Utama

  • Lagu Terbaik
    Juara: Tangis Sebatang Tamar – Daqmie
    Tempat Kedua: Seiring Sehaluan – UNIC
    Tempat Ketiga: Kasih Padamu – Hafiz Hamidun
  • Lirik Terbaik
    Ito Lara (Tangis Sebatang Tamar)
  • Persembahan Terbaik
    Al-Haq Yang Satu – Mawi & Dato AC Mizal
  • Vokal Terbaik
    Daqmie (Tangis Sebatang Tamar)
  • Lagu Paling Banyak Menjuarai Carta IKIM
    Tangis Sebatang Tamar – Daqmie
  • Lagu Paling Lama Bertahan Dalam Carta IKIM
    Kasih Padamu – Hafiz Hamidun
  • Artis Baru Terbaik
    Du’a

 

Kategori Pilihan Pendengar

  • Artis Solo Pilihan Pendengar
    Hafiz Hamidun
  • Artis Duo/Berkumpulan Pilihan Pendengar
    NOWSEEHEART
  • Lagu Pilihan Pendengar
    Kasih Padamu – Hafiz Hamidun

Tahniah kepada semua pemenang! Syabas diucapkan kepada IKIMFM dan semua yang terlibat dalam menjayakan Anugerah Nasyid IKIMFM 2014!

– Munsyeed Dot Com

Continue Reading

Trending

Hakcipta Terpelihara © 2024 Munsyeed Edutainment