HAMZAH Serlah Kesungguhan Albert D dan Rauf D Menghasilkan Karya Baharu untuk Peminat
Hamzah - Albert D, Rauf D feat Ilham Asri. Sumber: SampaiJadi Records.
Muzik mereka mencerminkan keberanian dan kesungguhan mereka untuk tampil berbeza bagi menghidangkan sesuatu yang segar dan baharu untuk pendengar. Duo Albert D dan Rauf D tampil dengan lagu baharu, hasil kolaborasi mereka dengan Ilham Asri, berjudul Hamzah.
Hamzah merupakan sebuah karya yang mengangkat kisah Saidina Hamzah r.a. Ciptaan sepenuhnya oleh Albert D dan Rauf D, lagu Hamzah ini merupakan karya sulung bagi projek 4 Sahabah yang diterbitkan di bawah label SampaiJadi Records.
Mendengar lagu ini, nyata memberi perspektif baharu kepada lagu nasyid dan ketuhanan. Albert D dan Rauf D berjaya memberi warna kepada dunia muzik dengan bakat yang dikurniakan Allah kepada mereka.
Mereka berdua sebelum ini banyak terlibat dibelakang tabir membuat muzik kolaborasi bersama Tarbiah Sentap. Kini mereka tampil ke depan, menghasilkan single mereka sendiri dibawah syarikat produksi mereka, SampaiJadi Records.
Sementara itu, Ilham Asri, seorang penyanyi nasyid yang berbakat besar dari kumpulan Aeydan, menyumbangkan kelembutan suaranya yang menyentuh hati di dalam lagu ini. Gandingan vokal mereka melahirkan sebuah karya yang menggabungkan keindahan vokal dengan lirik yang mendalam.
Lagu Hamzah sudah berada di pasaran dan boleh didengar di semua platform penstriman muzik digital yang sah. Video muzik pula boleh ditonton di saluran Youtube SampaiJadi.
Bonus: Lirik Lagu HAMZAH
(VERSE) Tinggalkan semua tersisa Dan tangislah penuh derita Kerna tuhan telah memanggilnya Ratapan melihat jiwa sudah tiada
Ini tubuh yang hilang, Ini bakinya perang, Badan dirobek-robek Ditarik-tarik Ditanya siapa tubuh sang pemilik
(CHORUS) Dialah singa Di medan laga Perisai utusan Penjaga agama
Kerna Jasamu Benteng musuh bergetar Tangisan utusan Terdengar suara
Al-kisah panglima hamzah Ditangisi langit mendung nan senja
(VERSE 2) Ditanya dimana Kenapa? bagaimana? Dirimu diperlakukan sebegitu Saat musuh terus menerkam Tiada tara dan tenggelam Dipasang mata menanti peluang terhidang
Kerna hasad dendam yang tlah tersinggung Dilempar tombak sasar menghukum Deras menuju Menembus jasadmu
Tetapi kau tidak mengalah masih mencuba Mengejar pelaku durjana Walau pedih memakan diri Yang terus rebah Akhirnya panglima gugur syahid Uhud saksi teragung
*CHORUS (BRIDGE) Tangislah wahal umat manusia Kerna Asadullah Ber-akhir hayatnya Maka tumpaslah jiwa Sang pejuang pembela Walau jasadnya tiada Namun (Semangatnya) kekal selamanya.
Husaini Hussein
Seorang yang positif kepada pembaharuan, komited dengan kerja dan aktif dalam kerja-kerja amal kemasyarakatan.