Kolum
0 comments

Kontroversi Itu Membunuh

by on January 26, 2011
 

KONTROVERSI MEMBUNUH

Assalammualaikum semua.

Sejak dari dulu, ada sahaja yang menjadi isu panas dalam industri nasyid ini. Ada yang membawa natijah positif, ada yang berimpak negatif, ada pula yang langsung dilihat kejam, mahu membunuh artis dan industri nasyid.

Berlegar beberapa persoalan. Adakah kontroversi demi kontroversi yang dicipta, baik daripada penasyid, atau hasil provokasi media, atau dicetuskan oleh peminat membantu menaikan nasyid? Jawapannya mudah sahaja, TIDAK!

Pengalaman  saya berkecimpung dalam industri media selama beberapa tahun, apa yang saya amati ialah kontroversi ini dicipta hanya untuk menaikan rating dan circulation media terbabit. Hujahnya mudah, apabila sesuatu timbul, maka ramailah yang akan merujuk pada sumber yang mengeluarkannya. Rating naik, circulation naik, untung pun naik.

Ada juga kontroversi yang sengaja dicipta atau tidak oleh para penasyid, atau peminat nasyid. Walaupun ia tak tersiar secara umum, namun perkara  itu tersebar dari mulut ke mulut. Molekkah begitu, bila isu kurang sedap didengar, dijaja kesana kemari.

Inilah sikap yang amat dikesali. Mencipta kontroversi adalah ibarat mahu mencari kesalahan orang lain. Terutama media, ada sahaja modal cerita yang mahu diperbesarkan. Apakah kita mahu dilihat orang mengata bahawa, nasyid itu sama sahaja ‘perangainya’ macam industri mainstream yang lain.

Namun di pihak nasyid dan penasyid itu sendiri, apa natijahnya? Ada yang berkelahi sesama sendiri, rasa tak puas hati, marah dan seribu satu mazmumah bersifat dalam diri. Lebih buruk, bila para peminat sama berantakan, bermusuh dan mengata sesama sendiri. Kesudahannya, fans berbecah, ukhwah islamiah dan silaturahim terputus. Adakah itu yang kita mahu lihat?

Memang saya akui, kontroversi itu adakala mampu membantu menengahkan artis dan menaikkan artis itu sendiri. Namun, kadangkala, bila ‘over exposure’ berlaku, lain pula ceritanya nanti. Siapa yang akan tanggung rugi nanti?

Ada banyak kontroversi nasyid yang saya sudah dengar. Paling popular yang menjadi perdebatan hangat, isu imej dan lagu yang dibawa penasyid. Mungkin isu itu satu yang boleh dikawal. Namun yang memalukan, bila cerita kisah peribadi artis, masalah disiplin dan keluarga dijadikah  wadah kontroversi.  Bukankah ia terang-terangan mahu ‘menjahanamkan’ nasyid itu sendiri.

Masing-masing perlu berpesan sesama sendiri. Baik media, baik penasyid, baik peminat. Tak ada guna kalau kita asyik mencipta kontroversi. Orang akan mengata dan terus mengata, dan hasad dengki akan timbul.

Nasyid terbentuk atas dasar dakwah Islamiyah. Molek benarlah kira ia dipupuk dengan akhlak dan cerita-cerita yang sedap didengar. Kita adalah salah satu wadah dalam menyebarkan Islam, tapi kita dilitupi dengan kontroversi yang tak sudah. Apa kata yang mahu mendekati Islam itu nanti. Dakwah tak sampai, sudahnya, syok sendiri

APA KATA ANDA?

Loading Facebook Comments ...
Loading Disqus Comments ...
Be the first to comment!
 
Leave a reply »

 

Leave a Response