NAK SANGAT COVERAGE REVIEW KAN… nah kami bagi yang telus, berintergriti dan tak ada tapisan punya.
Para peminat nasyid sememangnya meletakkan ‘high expectation’ untuk melihat sesuatu yang menarik dalam konsert pertama GEMA GEGAR VAGANZA malam tadi. Dengan penglibatan dan nama-nama besar dalam industri nasyid, dan juga beberapa artis mainstream, mereka sangat mengharapkan sesuatu yang meriah dan ‘hype’. Tapi menjadi ke tak?
Okaylah. Kami tak nak menulis panjang lebar sangat, nanti tak ada orang nak baca. Jadi kami ringkaskan menjadi point-point ringkas sahaja, setakat mana yang kami nak puji, tegur, balun … dan ‘belasah’!
1. Seperti yang dijangka, persembahan Hijjaz memang ‘top notch’ dan mereka paling menyerlah malam tadi sampai ada yang menangis semasa mereka menyanyikan anthem berhantu mereka Sumayyah. Cuma menurut Munif Ahmad, mereka mempunyai sedikit masalah membiasakan diri dengan ‘in-ear monitor’, sampai kedengaran seperti tempo lari beberapa ketika. Namun sebagai legend, mereka pantas mengambil tindakan cover balik.
2. Ramai yang memuji penampilan Wani dan Ana Rafalli yang tampil dengan penuh sopan santun. WALAUBAGAIMANPUN, persembahan Bienda mengundang kemarahan yang amat sangat daripada peminat nasyid. Nasihat kami, jangan ulangi lagi konsep persembahan sebegitu kerana ia sangat merosakan mood peminat. Kalau ada undian dari peminat, confirm akan disepak keluar.
3. UNIC seperti biasa… tampil dengan karakter nakal dan gila-gila mereka… kami rasa untuk konsert-konsert selepas ni, bersedialah dengan perangai mereka yang suka menimbulkan gelak ketawa dan senda gurau.
4. Pada kami, perangkap sebenar dalam GGV ialah harmonize kumpulan-kumpulan nasyid. Biasanya, mereka akan guna minus one yang ada backing track vokal harmonize, namun untuk GGV, mereka perlu fokus. Kami perasan ada kumpulan yang kantoi part harmony ni. Siapa, jangan tanya.
5. BUAT ASTRO, satu perkara yang kami mahu tegur. TOLONG JANGAN SAMAKAN GGV dengan Gegar Vaganza. Kami perhatikan pengacara (Fikry, Siti Nordiana dan Achey) dilihat sedikit over dan tak sesuai dengan konsepnya yang mahu mengetengahkan industri nasyid. Orang marah beb!
Itu sahaja yang kami dapat katakan pada konsert pertama. Yelah, baru yang pertama. Tapi bagi kami, perkara yang kami sebut diatas wajar diberi perhatian. Apapun, kami harap peminat akan terus beri sokongan.
ADAT BERTANDING. Ada yang menang, ada yang kalah. Ada yang tersungkur di tengah jalan dan ada yang terus menjulang kejayaan. Namun semuanya kini dah di penghujung.
Ada enam juta penonton yang menjadi saksi malam tadi betapa gahnya Gema Gegar Vaganza menjunjung tinggi para penasyid yang selama ini hanya tenggelam timbul di dunia mainstream. Kali ini, Astro telah berjaya meletakkan tanda aras baru buat industri nasyid tanah air.
Kami sebenarnya tidak mahu mengulas panjang sangat apa yang dipersembahkan malam tadi. Mereka sudah mengeluarkan apa yang terbaik yang mereka ada. Cumanya… ya itulah adat.
Kenapa UNIC menang? Hanya satu perkataan sahaja buat mereka…iaitu pakej, mereka ada segalanya. Semua orang dah tahu betapa mereka menjadikan pentas GGV ini sebagai medan untuk mereka menghiburkan orang dengan dakwah cara santai mereka, dengan lakonan, helaian tawa sehinggalah air mata melalui lagu Sepohon Kayu. Daripada semua sudut mereka sudah membuai penonton. Ya, mereka ada segalanya, pakej pendakwah dan penghibur. Sudirman versi nasyid? YA!
Kenapa bukan Hijjaz? Tak putus peminat mempertikaikan kenapa Hijjaz gagal malam tadi. Bagi kami, Hijjaz ada standard dan kelasnya yang tersendiri. Dan bagi kami sendiri pun, Hijjaz tak perlukan kemenangan. Aura mereka sudah cukup kuat, sangat-sangat kuat…terlalu kuat. Dan sebagai legend dalam industri nasyid, aura mereka dalam GGV sudah cukup untuk menaikkan semangat semua orang. Baik peminat atau penasyid sendiri.
Mirwana camana? Abis Azmi tu?? Dua-dua ini kami mengagumi vokalnya. Cara Mirwana menyusun harmoni yang sangat kemas dan tight. Azmi pula seorang OKU yang sangat gigih. Semua yang diberikan dihadam begitu sahaja.
Hafiz Hamidun dan Saujana juga bukanlah nama baru dalam industri. Mereka sendiri ada kelompok masing-masing yang kami lihat turut banyak membantu memeriahkan GGV. Walau secara teknikalnya, Hafiz dan Saujana sering bergelut dengan cabaran yang tak dijangka, tapi usaha mereka tetap kami sanjung.
Betapa semua orang bangga bila menonton battle finale. Itulah penasyid. Auranya terasa
Inilah nasyid, berbeza dengan mainstream. Sepanjang persembahan di GGV, semuanya sarat dengan mesej. Bergelak ketawa dan berendam air mata, itulah GEMA GEGAR VAGANZA. Ya, nasyid itu dakwah, dan dakwah itu perlu diterjemahkan agar dia mengusik jiwa yang mendengar.
Bukalah pintu untuk kami mengetuk hati-hati diluar sana….
MASAK diorang kali ni, bila diumumkan bahawa mereka bakal menggunakan format duet. Kegusaran kami kali ini disebabkan oleh adakah mereka boleh mengekalkan spotlight bahawa mereka seharusnya menjadi tumpuan, bukannya duet undangan. Atau… ada yang bakal ditenggelamkan dan dilemaskan oleh rakan duet?
Seperti biasa, pemilihan lagu untuk minggu ini kembali mengundang maki hamun para peminat nasyid yang mahu GGV kali ini didominasi dengan lagu nasyid. Ahh, lantaklah… kami dah malas nak melayan.
Jadi, siapa yang mati lemas minggu ini? Hmmm
AZMI – Karakter vokal Gmie memang masuk apabila berduet dengan Azmi. Jika didengar seimbas lalu, mereka seakan beradu kekuatan vokal siapa paling padu. Hmm susah sebenarnya nak cari salah Azmi ni. Hampir tak jumpa kecuali ada sedikit isu ‘oversing’ pada beberapa minggu lepas.
MIRWANA – Sekali lagi mereka menunjukkan skill dan bakat yang mereka ada untuk diterjemahkan dalam persembahan mereka bersama Farahdhiya. Kelebihan mereka pada susunan vokal yang padu dan kelihatan sangat kemas. Bab-bab vokal ni, setakat yang kami lihat di GGV, belum ada yang standing mereka. Ada kelas.
WANI – Beliau ada tone, ada suara dan karakter. Cuma masalah apabila beraksi di pentas segah GGV ini, kami mendapati beliau cepat gugup terutama diawal persembahan. Sudah dua kali rasanya kami melihat perkara yang sama, dan malam ini berulang lagi. Dan akhirnya, Wani terjerat.
SAUJANA – Ramai pemerhati di luar sana ternanti-nanti wow factor daripada Saujana selaku kumpulan yang berpengalaman, namun masih belum lagi. Persembahan malam ini pun nampak biasa-biasa sahaja, lebih santai dan rileks, tak seperti persembahan yang lepas-lepas tampak mereka agak struggle.
HIJJAZ – Persembahan mereka kembali menjadi buah mulut pemerhati, dengan feel yang cukup menyentuh perasaan. Cuma bila part terjatuh tu, saya tak tahu adakah itu memang dalam skrip atau memang betul terjatuh. Sebab apa, kami lihat selepas part itu, vokal ada sedikit goyang dan seakan tak keruan. Hey, ini legend la… apa yang berlaku pun diorang masih steady lagi tau!
HAFIZ HAMIDUN – Beliau menunjukkan peningkatan setiap minggu, lagi-lagi bila lepas kahwin. Diantara semua persembahan malam ini, persembahan beliau dan Ismail Izzani kami lihat paling seimbang. Tiada masalah siapa curi spotlight siapa, tidak seperti persembahan lain dimana ada yang ditenggelamkan dengan duet masing-masing dan ada juga pasangan duet yang langsung tak membantu. Siapa? Diam-diam sudahlah!
UNIC – Komen kami sama macam minggu-minggu lepas. Merekalah Raja Pentas di GGV. Dan melihat list lagu untuk minggu hadapan, bagi saya mereka akan terus bersuka-ria diatas pentas. Takde yang negative? Satu je, harap-harap Najdi lebih berhati-hati dan lebih fokus.
Kesimpulannya, konsert GGV kali ini seperti minggu lepas, masing-masing banyak fokus pada persembahan pentas. Sapa yang lemas minggu ni?? Hmmmm
MELIHAT pada senarai lagu yang diterima minggu lepas, ada diantara kami yang mula tepuk dahi. Ada di antara lagu-lagu yang akan disampaikan pada minggu ini diluar jangkauan kami, dan kami sudah mula mencongak, siapa yang bakal menjadi mangsa.
Okaylah, kami pun malas nak membebel panjang. Baca sahaja apa yang ada kami sediakan dibawah.
WANI – Saya tak tahu di mana silapnya, tetapi persembahan Wani pada malam ini sedikit sangkut di sana sini. Pada awal persembahan, beliau nampak agak gugup sedikit. Terlalu rushing sampai ia menjejaskan synchronize bersama muzik.
SAUJANA – Dengan idea bersama kumpulan koir tampak seperti membawa feel ala-gospel, jarang penasyid buat konsep begini. Cuma saya tak tahu, atau mungkin salah dengar… pitching ada tergelincir sikit. Tapi biasalah tu kalau persembahan live.
ANA RAFFALI – Lagu Balqis nyanyian Siti Nurhaliza sekali lagi memerangkap Ana Raffali selepas terselamat minggu lepas. Kali ini segalanya tak menjadi. Hmmm
HIJJAZ – Selepas tiga minggu membuatkan para penonton menangis, minggu ini mereka tampil dengan persembahan yang lebih rileks, santai tapi tetap ada unsur hype. Cumanya, nampak Isman seorang sahaja yang beria-ria mahu menguasai persembahan sementara yang lain sekadar berlegar di tengah. Ya, memang nampak terlalu santai.
AZMI – Sekali lagi dia memang buktikan yang dia ni serba boleh. Kemampuannya menyanyikan lagu berbahasa Inggeris di luar jangkaan kami. Jujur kami ternganga melihat persembahan beliau kali ini. Pronunciation semua hampir tiada masalah.
UNIC – Seperti kami cakap sebelum ni, UNIC layak digelar sebagai ‘Raja Pentas’. Penguasaan pentas mereka sangat awesome, mampu menghidupkan suasana ceria. Mereka bukan sahaja ada karakter seorang artis, malah mereka sudah layak digelar sebagai ‘performer’. Pakej semua dah ada. Lagu Ghazal Untuk Rabiah ni susah sebenarnya, tapi celah gigi je mereka tapau!
HAFIZ HAMIDUN – Beliau tampil dengan penuh keyakinan, mungkin kesan momentum REUNIC minggu lepas. Cuma seperti kata Datuk Ramli MS, props dan penari di belakang agak mengacau.
MIRWANA – Nampaknya bila tengok kumpulan-kumpulan nasyid cukup enjoy di atas pentas malam ni, maka Mirwana pun mengambil keputusan untuk turut menggila malam ini. Dengan koreografi yang mencetuskan suasana hype.
Kami nampak, pada minggu ni, kebanyakkan peserta lebih tertumpu kepada showmanship dan penguasaan pentas dan tidak terlalu fokus pada vokal semata-mata. Rata-rata mereka mahu menunjukkan siapa yang menjadikan pentas GGV kali ini mereka yang punya.