Ulasan
0 comments

Konsert Kelima Gema Gegar Vaganza – Siapa lemaskan siapa?

by on May 7, 2017
 

MASAK diorang kali ni, bila diumumkan bahawa mereka bakal menggunakan format duet. Kegusaran kami kali ini disebabkan oleh adakah mereka boleh mengekalkan spotlight bahawa mereka seharusnya menjadi tumpuan, bukannya duet undangan. Atau… ada yang bakal ditenggelamkan dan dilemaskan oleh rakan duet?

Seperti biasa, pemilihan lagu untuk minggu ini kembali mengundang maki hamun para peminat nasyid yang mahu GGV kali ini didominasi dengan lagu nasyid. Ahh, lantaklah… kami dah malas nak melayan.

Jadi, siapa yang mati lemas minggu ini? Hmmm

AZMI – Karakter vokal Gmie memang masuk apabila berduet dengan Azmi. Jika didengar seimbas lalu, mereka seakan beradu kekuatan vokal siapa paling padu. Hmm susah sebenarnya nak cari salah Azmi ni. Hampir tak jumpa kecuali ada sedikit isu ‘oversing’ pada beberapa minggu lepas.

MIRWANA – Sekali lagi mereka menunjukkan skill dan bakat yang mereka ada untuk diterjemahkan dalam persembahan mereka bersama Farahdhiya. Kelebihan mereka pada susunan vokal yang padu dan kelihatan sangat kemas. Bab-bab vokal ni, setakat yang kami lihat di GGV, belum ada yang standing mereka. Ada kelas.

WANI – Beliau ada tone, ada suara dan karakter. Cuma masalah apabila beraksi di pentas segah GGV ini, kami mendapati beliau cepat gugup terutama diawal persembahan. Sudah dua kali rasanya kami melihat perkara yang sama, dan malam ini berulang lagi. Dan akhirnya, Wani terjerat.

SAUJANA – Ramai pemerhati di luar sana ternanti-nanti wow factor daripada Saujana selaku kumpulan yang berpengalaman, namun masih belum lagi. Persembahan malam ini pun nampak biasa-biasa sahaja, lebih santai dan rileks, tak seperti persembahan yang lepas-lepas tampak mereka agak struggle.

HIJJAZ – Persembahan mereka kembali menjadi buah mulut pemerhati, dengan feel yang cukup menyentuh perasaan. Cuma bila part terjatuh tu, saya tak tahu adakah itu memang dalam skrip atau memang betul terjatuh. Sebab apa, kami lihat selepas part itu, vokal ada sedikit goyang dan seakan tak keruan. Hey, ini legend la… apa yang berlaku pun diorang masih steady lagi tau!

HAFIZ HAMIDUN – Beliau menunjukkan peningkatan setiap minggu, lagi-lagi bila lepas kahwin. Diantara semua persembahan malam ini, persembahan beliau dan Ismail Izzani kami lihat paling seimbang. Tiada masalah siapa curi spotlight siapa, tidak seperti persembahan lain dimana ada yang ditenggelamkan dengan duet masing-masing dan ada juga pasangan duet yang langsung tak membantu. Siapa? Diam-diam sudahlah!

UNIC – Komen kami sama macam minggu-minggu lepas. Merekalah Raja Pentas di GGV. Dan melihat list lagu untuk minggu hadapan, bagi saya mereka akan terus bersuka-ria diatas pentas. Takde yang negative? Satu je, harap-harap Najdi lebih berhati-hati dan lebih fokus.

Kesimpulannya, konsert GGV kali ini seperti minggu lepas, masing-masing banyak fokus pada persembahan pentas. Sapa yang lemas minggu ni?? Hmmmm

Kedudukan Peserta Gema Gegar Vaganza Minggu ke-5

1. UNIC (Naik 4 anak tangga)

2. Mirwana (Naik 1 anak tangga)

3. Hafiz Hamidun (Turun 1 anak tangga)

4. HIJJAZ (Turun 3 anak tangga)

5. Azmi Saat (Turun 1 anak tangga)

6. Saujana (Kekal)

7. Wani (Kekal)

Anugerah Gema Terindah (Gabungan Menjadi): UNIC feat Ayai Ilusi – Nyanyian Serambi

APA KATA ANDA?

Loading Facebook Comments ...
Be the first to comment!
 
Leave a reply »

 

Leave a Response